Vietjet melancarkan penerbangan terus Jakarta, Indonesia dan ini merupakan penerbangan ketiganya ke Indonesia.

Terbang terus di antara Ho Chi Minh City dan Jakarta mulai 5 Ogos tahun ini, laluan baharu ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi syarikat penerbangan itu kerana ia terus berusaha untuk mengembangkan jejaknya secara global untuk menjangkau khalayak yang lebih luas di Asia Tenggara.

Vietjet akan mengendalikan penerbangan pergi balik pada setiap hari di antara Ho Chi Minh City ke Jakarta, dan penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat (SGN) pada jam 09:35 (waktu tempatan) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK) pada jam 12:30 (waktu tempatan).

Manakala penerbangan pergi balik akan berlepas dari Jakarta pada 13:30 (waktu tempatan) dan tiba di Ho Chi Minh City pada 16:40 (waktu tempatan).

Penumpang ke dan dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia kini akan mempunyai satu lagi pilihan penerbangan harian dengan transit di Ho Chi Minh City. Beroperasi setiap hari, penerbangan antara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City akan memberikan penumpang lebih fleksibiliti dan laluan penerbangan alternatif ke Jakarta.

“Dengan armada pesawat tercanggih kami, kemudahan moden dan pakej perkhidmatan yang komprehensif, Vietjet bersedia untuk mengembangkan rangkaian antarabangsa kami dalam menyokong perdagangan dan pelancongan di rantau Asia Tenggara.”

“Berikutan penerbangan terus semasa kami yang mendapat sambutan menggalakkan dari Ho Chi Minh City dan Hanoi ke Bali, penerbangan terus terbaharu Vietjet akan menjadikan perjalanan antara kedua-dua Ho Chi Minh City dan Jakarta lebih mudah dan berpatutan berbanding sebelum ini.”

“Hubungan langsung antara bandar terbesar kedua-dua negara juga akan memudahkan perniagaan, pertukaran budaya dan perjalanan pelancongan di rantau ini, sekali gus meningkatkan lagi integrasi serantau kepada dunia,” ujar Naib Presiden Vietjet, Nguyen Thanh Son.

Vietjet juga kini mengendalikan dua perkhidmatan ke Indonesia, dengan tiga penerbangan pergi balik setiap hari antara Ho Chi Minh City dan Bali, dan satu penerbangan pergi balik setiap hari antara Hanoi dan Bali. Dengan penambahan laluan ke Jakarta, Vietjet akan mengendalikan tiga laluan penerbangan komersial dari Vietnam ke Indonesia mulai Ogos.

Vietjet melancarkan penerbangan terus Jakarta, Indonesia dan ini merupakan penerbangan ketiganya ke Indonesia.

Untuk meraikan pelancaran perkhidmatan baharu ini ke Jakarta, Vietjet menawarkan promosi tawaran hebat setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat dengan tambang bermula dari serendah RM0 (tidak termasuk cukai dan surcaj).

Promosi ini digunakan untuk keseluruhan rangkaian penerbangan antarabangsa Vietjet, termasuk laluan Kuala Lumpur – Ho Chi Minh. Tetamu boleh menempah tiket promosi mereka di www.vietjetair.com dan aplikasi Vietjet Air untuk perjalanan antara 10 Ogos 2023 hingga 31 Mac 2024 (tidak termasuk cuti umum).

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah