Sabah, Negeri Di bawah Bayu ini sering menjadi lokasi pelancong dalam dan luar negara. Selain memiliki pulau-pulau tercantik dunia, Hutan Hujan Khatulistiwa pula merupakan antara hutan tertua didunia.
Di panggil Borneo Utara sewaktu penjajahan British, terdapat pelbagai kawasan yang perlu dikujungi sekiranya memilih untuk bercuti di Sabah, antaranya adalah Hutan Hujan Sukau. Terletak di daerah Kinabatangan, Hutan Hujan Sukau seluas lebih dari 26,000 hektar ini menjadi habitat pelbagai jenis hidupan liar dan juga burung di Malaysia.
MEWAH DAN SEMULAJADI


Antara lodge mewah yang terletak di Sungai Kinabatangan ini adalah Sukau Rainforest Lodge. Masih mengekalkan keindahan semulajadi, Sukau Rainforest Lodge (SRL) menjadi pilihan pengunjung tempatan dan luar negara. Antara nama besar yang pernah menginap di SRL adalah Dame Judy Dench (memegang watak M didalam filem James Bond) dan Sir David Atterborough (kawan baik kepada mendiang Queen Elizebeth II). Selain itu SRL juga menjadi pilihan The National Geographic sebagai ‘Unique Eco-Lodge in The World”. Mengambil masa selama lebih dua jam dengan menaiki bot dari Sandakan untuk sampai ke SRL. Bagi mereka yang mudah mabuk laut, boleh memilih laluan darat dekat menaiki kenderaan pacuan empat roda tetapi tidak menarik seperti laluan sungai.
Menarik tentang SRL adalah semuanya berkaitan “giving back to community”. Hampir semua pekerja di SRL adalah warga Sukau sendiri atau dari daerah berdekatan. Kawasan lodge dibangunkan secara teratur untuk memastikan keindahan alam terjaga.




Terdapat 40 bilik secara keseluruhan yang mana merangkumi 20 buah Borneo Villa dan juga 20 buah bilik superior. Daftar masuk dilakukan di Dewan Gomantong bersama dengan aktiviti pengenalan tentang lodge, servis dan aktiviti yang boleh dilakukan.
MAKAN SAMBIL NIKMATI PEMANDANGAN SUNGAI KINABATANGAN
Setiap pakej adalah “all-in” dimana makanan tersedia 5 kali sehari di Restoren Melapi yang terletak ditebing sungai. Pemandangan matahari terbit dan terbenam juga boleh dinikmati disini sambil menjamu selera. Menariknya, setiap malam adalah “culture night” dimana pengunjung dikehendaki memakai sarung untuk lelaki atau kain batik untuk wanita ketika makan malam. Hampir 90% pengunjung adalah warga asing, melihat mereka memakai pakaian tradisi kita, pastinya sungguh mempesona. Menu tersedia juga berubah setiap hari terdiri daripada makanan tempatan dan juga barat.



MENCARI THE BIG FIVE

Antara aktiviti wajib adalah Sabah Safari ketika menginap di SRL. Setiap hari terdapat 3 jenis cruise yang boleh dilakukan untuk melihat pelbagai jenis hidupan liar di Hutan Hujan Sukau iaitu disebelah pagi, petang dan malam. Dan antara binatang yang sering dan wajib ditemui adalah Gajah Borneo, buaya, Orangutan, Monyet Proboscis dan Burung Kenyalang jenis Rhinochorus.
Selain itu, pengunjung juga boleh berehat dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti berehat dikolam renang dan juga nature walk disekitar lodge. Jika ada rezeki mungkin akan terserempak dengan Orangutan yang menjadikan SRL sebagai kawasan rehat dan tidur mereka. Bagi yang berminat dengan pakaian etnik tradisi, boleh cuba pelbagai pakaian tradisi secara percuma di Gecko Lounge.




Pastinya SRL adalah satu penginapan mewah yang tersembunyi di Sungai Kinabatangan. Walaupun jauh dari “civilisation” dan tidak menyediakan rangkaian internet penuh, SRL berjaya menawan hati ramai pengunjung dengan extra service and good hospitality. Tidak hairanlah mereka menjadi pilihan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Syabas buat Sukau Rainforest Lodge!