Terletak di tengah-tengah bandaraya Ho Chi Minh di Vietnam, Pullman Saigon Centre tersergam megah menghiasi latar belakang pusat kota, hotel berjenama antarabangsa ini terus menjadi tumpuan mereka yang ingin bermalam dalam suasana mewah dan selesa.
Pullman Saigon Centre kerap menjadi antara pilihan terulung bagi tempat penganjuran mesyuarat-mesyuarat terpenting di kota penting Vietnam ini. Sering juga menjadi tumpuan komuniti elit serta para profesional antarabangsa, hotel bertaraf lima bintang ini tersenarai sebagai salah satu hotel paling mewah di Ho Chi Minh.
Hotel ini mempunyai 306 buah bilik yang luas termasuk beberapa suite yang indah. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya kontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang.
Senireka dalaman serta hiasannya juga menerapkan unsur-unsur moden masa kini. Sejajar dengan tarafnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi sambungan internet wi-fi, TV LCD, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti tinggi serta barangan berjenama mewah yang lain.
Untuk tujuan menjamu selera pula, Pullman Saigon Centre menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap. Ini termasuklah restoran Food ConneXion: bagi tujuan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan juga sebuah restoran Mad Cow Wine & Grill. Tidak dilupakan juga adalah Rooftop Bar bagi mereka yang ingin menikmati minuman sambil bersantai dengan pemandangan menakjubkan.


Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya.
Dengan pemandangan terhebat bandar raya Saigon dari setiap jengukan jendela, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya berpeluang ke Ho Chi Minh, bermalamlah di Pullman Saigon Centre kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Pullman Saigon Centre.
Sambungan wi-fi dan internet penulis sepanjang berada di Vietnam dikuasakan oleh Roaming Man Malaysia.
*Penerbangan hebat ke Vietnam ini ditaja oleh pihak VietJet. Layari VietJet untuk promosi luar biasa dan harga terendah!