Sempena Hari Malaysia ke-59, Airbnb menawarkan peluang eksklusif kepada mereka yang gemar melancong untuk menginap di pelbagai penginapan unik yang dipilih khas pada harga RM59 sahaja! Dari loteng unik yang terletak di tengah bandar hingga vila tepi pantai impian anda, setiap penginapan ini sesuai bagi meraikan dan meneroka tempat-tempat menarik di Malaysia pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan.

Penginapan dalam lima Kategori Airbnb yang unik ini tersedia dengan harga RM59 sahaja untuk penginapan satu malam eksklusif pada 16 September. Ia boleh ditempah mulai hari ini untuk percutian Hari Malaysia yang tidak dapat dilupakan – tempahan terdahulu akan diutamakan.

“Hari Malaysia merupakan masa terbaik untuk meraikan rakyat Malaysia, komuniti hos kami dan kepelbagaian penginapan dan destinasi pelancongan luar biasa yang ada di negara ini. Dari penginapan ladang di Kulai hingga vila yang anggun di Langkawi, kami bekerjasama dengan hos tempatan untuk menawarkan percutian khas pada harga RM59 sahaja bagi hujung minggu yang panjang ini. Kami harap tawaran istimewa ini akan menggalakkan rakyat Malaysia untuk kenali Malaysiaku dan mencipta detik-detik percutian yang istimewa bersama mereka yang tersayang,” kongsi Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan.

Fungsi Kategori baharu Airbnb yang dilancarkan pada bulan Mei tahun ini mengatur penginapan berdasarkan gaya reka bentuk, lokasi dan kehampiran dengan sesuatu aktiviti. Dengan Kategori seperti Kolam Hebat, Reka Bentuk, Pulau, Kabin, Ladang, Rumah Pokok dan banyak lagi, kini lebih mudah bagi pengembara untuk mencari Penginapan unik di Malaysia dan seluruh dunia yang mereka tidak pernah tahu kewujudannya.

Kabin Indah

Ingin berjauhan dari kesibukan bandar? Bangun dalam suasana tenang dan aman damai di D’ Bambusa Vulgaris Lodge, Langkawi. Dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan terletak jauh daripada jalan-jalan yang sibuk, kotej indah dalam Kategori Kabin ini menjanjikan percutian yang menenangkan untuk mereka yang ingin berehat pada hujung minggu yang panjang ini.

Kediaman Tepi Pantai

Tinggalkan hutan konkrit dan bersantailah di Raintree Seaside Villa di Perak, salah satu penginapan tepi pantai yang menakjubkan dalam kategori Tepi Pantai Airbnb. Dibina daripada kayu keras Malaysia dengan hiasan dalaman minimalis, vila ini sesuai untuk keluarga besar sehingga 16 orang berkumpul. Nikmati aktiviti memancing di jeti berhampiran, barbeku yang menghadap laut, dan berhubung semula dengan orang tersayang sambil didampingi cahaya matahari dan angin laut yang menyegarkan.

Reka Bentuk Unik

Masuki dunia penuh keajaiban di Classic Bohemian Loft yang tersembunyi di tengah-tengah Kuala Lumpur ini, tempat di mana warna dan tekstur eklektik bercampur dengan harmoni. Unik dan menarik, Penginapan Airbnb yang layak mendapat tempat dalam Kategori Reka Bentuk Airbnb ini, menawarkan pengalaman yang benar-benar unik untuk percutian yang tidak dapat dilupakan.

Percutian Desa

Rindu akan suasana desa? Pergi ke Dusun Organik Sungkai di Perak di mana anda akan menemui White Cottage yang ajaib dengan kolam renang dan anak sungai yang berhampiran.  Tetamu boleh menikmati aktiviti percuma termasuk bersiar-siar di ladang buah-buahan dan taman permainan kanak-kanak mini. Bagi mereka yang gemar mengembara, Kolam Air Panas Felda dan Lembah Teh Gaharu berada tidak jauh daripada situ, dan tempat aktiviti berakit meredah jeram dan meneroka gua di Gua Tempurung hanya sejam perjalanan.

Sebagai alternatif, nikmati ketenangan kehidupan kampung di rumah tradisional Melayu yang indah di Kedah, Roemah Dahaman. Turut tersedia dengan harga RM59 sepanjang hujung minggu istimewa itu ialah Chemara 2 di Terengganu. Chalet yang luas dan damai untuk dua orang menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah untuk berehat dan bersantai.

Fantasi Rumah Ladang

Rasaikehidupan ladang dan nikmati penginapan sama ada di Bilik Berdua atau Bilik Bertiga Durian Guesthouse, setengah jam memandu dari Johor Bahru. Dengan ladang permakulturnya sendiri, sabun mesra alam dan perabot buatan tangan, penginapan Anugerah Emas Airbnb Green Stays ini akan membuat anda berhenti sejenak dan menghargai perkara-perkara kecil dalam kehidupan.

Untuk meneroka lebih banyak Penginapan yang luar biasa, layari airbnb.com atau muat turun aplikasi Airbnb hari ini.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *