Sejak sempadan antarabangsa mula dibuka sempena dengan fasa endemik COVID-19, ramai rakyat Malaysia sudah ke luar negara untuk bercuti. Antara destinasi pilihan sudah tentulah negara-negara jiran terdekat seperti Singapura, Thailand dan juga Indonesia.
Sehubungan dengan itu, ramai yang mencari hotel yang tidak terlalu mahal semasa bercuti tapi masih menawarkan perkhidmatan berbintang selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas namun tetap tampil menarik buat para pengunjung.
Salah satu rangkaian hotel paling popular di Indonesia yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah jenama Ibis. Jika nama Ibis lebih terkenal di di Jakarta namun rangkaian hotel Ibis di salah satu kota popular Indonesia, iaitu Medan turut mendapat perhatian ramai. Apatah lagi, perjalanan ke Medan hanya memakan waktu kurang dari sejam dengan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur.

ibis Styles Medan Pattimura merupakan hotel yang menduduki kawasan yang sangat strategik di kota ini. Ia berada tidak jauh dari kawasan perniagaan utama, pejabat-pejabat kerajaan serta berdekatan dengan banyak tempat makan. Malah dari ibis Styles Medan Pattimura hanya memerlukan sekitar 45 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, serta beberapa tarikan lain di sekitar Kota Medan. Ia juga sekitar 10 minit sahaja dari stesen keretapi Medan yang menghubungkan kota Medan dengan lapangan terbang.
ibis Styles Medan Pattimura mempunyai 133 buah bilik dengan 3 jenis bilik (Superior, Deluxe & Deluxe Suite) yang pastinya mempunyai keunikan masing-masing. Setiap bilik di hotel ini mempunyai hiasan menarik serta warna – warna unik yang dipadupadankan untuk membuat para tamu selesa selain sesuai diabadikan buat gambar di wadah media sosial.

Kesemua bilik-biliknya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet.
Di dalam bangunan hotel ini juga ini para tamu akan menemui sebuah restoran iaitu sTREATs yang menyajikan aneka makanan lazat antarabangsa dan tempatan.


Terdapat juga sebuah bar bernama Decitta di sebelah kolam renang selain yang juga di samping gimnasium serta enam buah bilik mesyuarat. Ini menjadikannya sebuah hotel yang sangat praktikal untuk mengadakan seminar atau mesyuarat serta acara-acara seumpamanya.

Berbekalkan suasananya yang segar, ranggi dan ramah, hotel ini pasti menjadi salah sebuah hotel yang ideal buat para pengunjung yang menjalani kehidupan harian yang aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan.

Dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, hotel ini memenuhi kriteria tersebut. Jadi kalau ke Medan, cubalah bermalam di sini. Ia pasti memenuhi citarasa anda yang inginkan kemudahan dan keselesaan.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang ibis Styles Medan Pattimura

