Pulau Koh Samui merupakan salah satu destinasi percutian pulau yang paling popular di Asia Tenggara. Ia merupakan pulau kedua terbesar di Thailand selepas Phuket. Biarpun sempat suram gara-gara pandemik Covid-19, Koh Samui kini bangkit semula sebagai pusat percutian buat mereka yang mencari ketenangan di tepi pantai serta sedikit hiburan sampingan .

Terkenal dengan Pantai Chaweng yang menjadi pusat segala aktiviti Koh Samui, kota ini juga diwarnai dengan ratusan tempat-tempat penginapan yang menarik. Di antara daerah pantai lain yang turut menjadi tumpuan di Koh Samui adalah kawasan Bophut.

Di situlah terletaknya sebuah resort yang kian mencuri perhatian di Koh Samui. Diberi nama Prana Resort Nandana, hotel ini terletak sekitar 20 minit dari lapangan terbang antarabangsa Koh Samui dan antara 10 hingga 15 minit sahaja dari kawasan pusat di Chaweng. Sungguhpun begitu, ia menempati satu kawasan yang besar yang terbahagi kepada dua bahagian. Satu di tepi pantai dan satu lagi di seberang jalan.

Dua sayap ini menampilkan bilik-bilik menarik pada harga yang sangat berpatutan. Terdapat pelbagai jenis bilik, mengikut lokasi dan keluasan yang diperlukan para tamu.

Namun apa yang menjadi tunggak utama hotel ini adalah amalan kelestarian yang dipraktikkan untuk mengurangkan jejak karbon dalam menyelamatkan alam sekitar.

Antara inisiatif yang diamalkan termasuk pengurangan pengunaan kertas melalui sistem pendigitalan. Dari permulaan tamu mendaftar masuk ke hotel lagi sudah jelas kelihatan. Semuanya dilakukan lewat peranti digital untuk kemudahan semua.

Untuk membaca segala maklumat tentang kemudahan hotel juga boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR yang diberikan. Ini termasuk memesan makanan dan seumpamanya.

Malah penggunaan bahan sekali pakai seperti botol dan straw plastik juga diganti dengan bahan-bahan yang boleh diisi atau diguna semula serta mudah lupus secara biodegradasi.

Makanan lazat yang disediakan di hotel ini juga banyak menggunakan tanaman dan sayuran tempatan. Selain mengurangkan jejak karbon ia juga membantu menyokong ekonomi komuniti tempatan.

Kawasan pantai resort ini juga dibersihkan tiap hari untuk memastikan kebersihan serta keselamatan para tetamu. Ini benar-benar mengelakkan pencemaran daripada berleluasa di kawasan pantai dan hotel.

Hotel ini mempunyai dua buah kolam renang berasingan mengikut sayap masing-masing. Selain kolam renang para tamu boleh juga memanjakan diri di Amezcua Spa dan bersenam di pusat gimnasium. Para pengunjung juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti lain yang tersedia di hotel ini seperti, pakej lawatan bersiar-siar, pakej membeli-belah dan jalan-jalan, aktiviti menyelam dan banyak lagi.

Ada juga kelas memasak makanan berasaskan sayuran yang dipimpin oleh cef hotel yang sangat ramah dan berbakat.

Soal menjamu selera pula terdapat banyak tempat makan di hotel ini. Di antaranya Tropicana Beach Club yang terkenal dengan aneka makanan tempatan serta antarabangsa.

Tidak ketinggalan Poolside cafe untuk bersantai sambil menikmati minuman di tepi pantai serta kolam renang.

Pendek kata, hotel ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Koh Samui.

Untuk maklumat lanjut layari Prana Samui.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *