Menu
Gaya & Culture

PENGUSAHA BARBERSHOP DARI IPOH LANCARKAN DEBUT HOMME

Sebuah syarikat startup yang diasaskan di Ipoh bernama Debut Barber & Shop telah menghasilkan rangkaian produk penjagaan diri yang bertujuan untuk membantu golongan lelaki untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan penampilan fizikal mereka.

Dilancarkan pada minggu lepas melalui model terus-ke-pelanggan (D2C), Debut Homme menawarkan rangkaian yang terdiri daripada tiga produk asas penjagaan diri khusus untuk lelaki moden seperti pembersih badan, syampu dan deodoran – setiap satu diperbuat daripada bahan semulajadi dan lestari (sustainable). Dipek menggunakan rekaan hitam putih yang monokrom, selari dengan gaya inklusif dan maskulin yang ingin ditonjolkan, Debut Homme juga dicipta sebagai pilihan alternatif bagi golongan lelaki yang inginkan sesuatu yang lain daripada produk
penjagaan diri lelaki yang sedia ada di pasaran.

“Debut Homme direka khusus untuk memperkasakan lelaki sambil menyediakan produk penjagaan diri yang mereka boleh gunakan secara berkesan. Untuk tampil segak dan bergaya, kita perlu terlebih dahulu merasa selesa dan yakin. Ini adalah antara perkara yang paling kami utamakan di Debut Barber & Shop. Justeru, berpegang kepada kepercayaan ini, kami telah menerapkan nilai-nilai tersebut ke dalam pembuatan semua produk Debut Homme kami,” ujar Amirul.

Amirul – Founder of Debut

O’oi Ashraf Mokhtar, pengasas dan Ketua Bahagian Strategik bagi kedua-dua jenama yang turut dibiayai oleh beliau sendiri. “Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, walaupun banyak jenama khas untuk lelaki yang dibuat daripada bahan semulajadi dan lestari, kami yakin bahawa masih ada ruang untuk kami menembusi pasaran ini. Terutamanya kerana kami berasal dari Ipoh yang memang terkenal dengan warisan dan mempunyai tarikan keajaiban alamnya yang tersendiri,” sambung beliau.

“Produk-produk ini memakan masa dua tahun untuk dihasilkan. Dengan bantuan pakar di dalam pelbagai bidang termasuk ahli kimia, Debut Barber & Shop sebagai sebuah perniagaan barbershop dan gaya hidup, telah menggunakan penyelidikan dan pengalaman yang didorong oleh kajian saintifik dan pemasaran dalam proses pembuatan Debut Homme. Kami turut memanfaatkan pengalaman kami sebagai warga tempatan dan orang Asia untuk membangunkan produk yang sesuai untuk rantau ini.

Debut Barber & Shop telah ditubuhkan lebih daripada tiga tahun yang lalu dan dalam jangka masa setahun, kami telah berjaya membuka dua kedai gunting rambut di bandar raya Ipoh. Pembangunan dan penambahan Debut Homme di dalam operasi kami merupakan satu perkembangan yang semulajadi bagi syarikat kami. Apabila pandemik bermula, saya terpaksa membuat keputusan bisnes yang paling sukar bagi saya iaitu untuk menutup salah satu kedai gunting rambut saya dan menunda penghasilan Debut Homme untuk sementara waktu.

Lockdown atau kawalan sekatan pergerakan yang berterusan disebabkan oleh COVID-19 telah meninggalkan kesan mendalam terhadap bisnes kami namun kami telah berjaya mengatasi semua rintangan yang ada. Saya mempunyai pasukan yang kuat dan setiap halangan yang kami tempuhi kami anggap sebagai cabaran yang harus kami takluki.”

Menamakan Dato’ M Nasir dan Yohji Yamamoto sebagai idola dan lelaki ideal bagi Debut Homme, Amirul turut berkongsi yang syarikatnya akan memperkenalkan lebih banyak lagi produk di bawah rangkaian Debut Homme di masa hadapan. Antara produk-produk yang akan ditawarkan adalah minyak/krim rambut dan janggut, produk penjagaan kulit dan wangian. “Inovasi memerlukan masa. Terutamanya sekarang, kerana bisnes kami baru bermula untuk pulih selepas lockdown. Walaupun saya telah mencuba bermacam-macam bisnes sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menamakan kedai gunting rambut dan rangkaian produk penjagaan diri ini Debut untuk membuktikan betapa seriusnya saya di dalam mencapai kejayaan menerusi bisnes ini. Selain daripada keluarga, bisnes ini menjadi keutamaan saya. Debut Homme kini ditawarkan pada peringkat harga yang berpatutan dan adalah menjadi impian saya agar ia tampil sebagai produk yang terbaik di dalam pelbagai kategori di pasaran. Saya juga ingin mengukuhkan lagi Debut Barber & Shop supaya ia menjadi destinasi utama penjagaan diri untuk semua lelaki, terutamanya di bandar raya Ipoh. Kami menghargai setiap individu dan setiap seorang dari kita
adalah unik. Saya juga percaya yang setiap jejaka berpeluang untuk menaiktarafkan rutin penjagaan diri mereka melalui Debut Homme,” ulas Amirul.

Untuk yang berada di Ipoh, anda boleh membeli produk Debut Homme di Debut Barber & Shop yang terletak di 152, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh Perak Darul Ridzuan. Untuk membuat pembelian secara online, layari www.debutofmalaysia.com di mana anda boleh memperolehi lebih banyak lagi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan Debut Homme, dan Debut Barber & Shop ikuti media sosial mereka melalui @debuthomme @debutscissors di Instagram.

No Comments

    Leave a Reply