Jika anda mencari serum berasingan dan pelindung suria untuk menjaga warna kulit anda dan menghalang dari pigmentasi berlebihan anda boleh mencuba produk terbaharu dua dalam satu Murad.

Kami berpeluang mencubanya dan ia bukan sahaja mengekalkan kecantikan kulit malah mencerahkan juga.

Kami tak sangka yang ia rupa-rupanya sesuai untuk semua jenis kulit.

Sesuai tika digunakan saat keluar rumah ataupun sewaktu pergi mengembara, jenama rangkaian kecantikan ini melengkapi keperluan kulit semasa.

Ia tidak berbau dan sangat mudah untuk digunakan.

Hanya titiskan sahaja di atas kulit mengikut keperluan dan ratakan di bahagian yang perlu.

Rupa-rupanya ia sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif juga, kerana selepas menggunakannya selama dua hingga tiga kali ia langsung tidak membuat kulit menjadi gatal dan sebagainya.

Ini mungkin kerana bahan yang digunakan sesuai dengan kulit si pemakai. Harus diketahui bahawa ada beberapa orang yang tidak boleh menggunakan serum tertentu dan pelindung suria kerana ia mampu menimbulkan kesan sampingan. Walau bagaimanapun produk ini telah berjaya mengubah tanggapan tersebut.

Selain itu ia juga mampu membuat kulit kelihatan lebih bersih, cerah dan lembap pada masa yang sama.

Yang pasti, kami sangat berpuas hati dengan produk ini dan nampaknya ia sangat sesuai dan praktikal untuk digunakan kala bercuti dan mengembara. Kami pasti akan terus menggunakannya.

Buat anda yang tidak percaya mungkin boleh mencuba sendiri dan menikmati kesegaran dan kelembapan sejati yang kami alami! Selamat mencuba dan terima kasih Murad!

Share:
,
You may also like
Latest Posts from Travellah