Menu
Gaya & Culture

Harbour City ganding bahu dengan Disney dan Pixar anjur Pixar Fest pertama Hong Kong

Bagi menyambut ulang tahun ke-35 Pixar, Harbour City sekali lagi berganding bahu dengan Disney dan Pixar untuk membawakan Pixar Fest yang pertama seumpamanya ke bandar tersebut mulai hari ini hingga 15 Ogos.

Memanfaatkan susun atur pusat membeli belah yang mendatar dan luas, Harbour City menerima pakai format baharu untuk menganjurkan sebuah acara besar-besaran dengan pemasangan dan tempat daftar masuk di seluruh pusat membeli belah tersebut bagi mempelbagaikan trafik pelanggan dan meminimumkan kontak fizikal yang dekat. Di samping itu, Harbour City mengadakan beberapa aktiviti interaktif, termasuk daftar masuk realiti terimbuh (AR) dan permainan dalam talian, yang menghubungkan dunia sebenar dan dunia maya merentas platform luar talian dan dalam talian bagi menawarkan pengalaman berbilang dimensi kepada tetamu.

Adegan tidak dapat dilupakan yang menampilkan 12 filem Pixar ditayangkan di bahagian pusat membeli belah yang berbeza. Selain itu, pemasangan Lampu dan Bola Pixar ikonik, setinggi 5.2 meter, sepadan dengan saiznya seperti yang terdapat di ibu pejabatnya di California, yang melambangkan penampilan sulungnya di Hong Kong di dek tinjau Harbour City, “Ocean Terminal Deck” di bawah latar belakang pemandangan Pelabuhan Victoria yang menakjubkan.

#HarbourCity #PixarFestHK

Lihat Video Acara tersebut: https://www.youtube.com/watch?v=XLlYAVAq96Y

Adegan Klasik di Seluruh Pusat Membeli Belah — Penampilan Pertama Bola dan Lampu Pixar di Hong Kong
Harbour City membawa pelanggan menelusuri perjalaman filem Pixar yang menarik melalui tempat gambar menarik yang menampilkan 12 animasi Pixar di seluruh pusat membeli belah tersebut seperti Woody dan Buzz Lightyear Toy Story 4, masing-masing setinggi lebih 4 meter dan 3 meter yang bersedia untuk terbang “menuju ketakterbatasan dan melangkauinya.”

Masuk ke pintu utama dari Perkarangan Ocean Terminal, pelanggan akan menemui logo Pixar setinggi 3.4 meter dan gerbang Pixar Fest setinggi 7 meter dengan reka bentuk berlapis-lapis. Ia dicat dengan warna-warna merah, kuning dan biru ikonik daripada Bola Pixar, berserta imej watak-watak Pixar. Pemasangan Bola dan Lampu Pixar yang ikonik, setinggi 5.2 meter, sepadan dengan saiznya seperti yang terdapat di ibu pejabatnya di California, akan membuat penampilan pertamanya di Hong Kong di dek tinjau, “Ocean Terminal Deck” berlatarbelakangkan panorama Pelabuhan Victoria 270-darjah sebagai latarnya.

5 Titik Semak Adegan Filem — Digabungkan dengan Daftar Masuk Foto AR
Selain daripada mengambil gambar di lapangan bersama patung watak filem, pelanggan juga boleh menangkap gambar watak tersembunyi melalui realiti terimbuh (AR) di lima titik semak. Ini dapat dilakukan dengan aplikasi mudah alih Harbour City percuma, “Harbour Cityzen”. Dengan mengaktifkan kamera “AR Fun” pada aplikasi dan mengimbas logo filem bagi mencetuskan watak untuk muncul, pelanggan boleh mengambil gambar bersama mereka sama seperti anda berada di dalam filem.

Tetamu boleh memuat turun aplikasi “Harbour Cityzen” melalui:
App Store: https://apps.apple.com/hk/app/harbour-cityzen/id1568652097
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=hk.com.harbourcity.mainapp.

Aktiviti Interaktif Dalam Talian dan Luar Talian
Dalam tempoh kempen tersebut, pelanggan boleh mencipta “Soul” kecil mereka dan berkongsi di platform media sosial. “Soul” mereka akan muncul di layar besar di lapangan berserta “Soul” yang lain juga. (Laman Permainan: http://event.harbourcity.com.hk) Tambahan pula, Harbour City mencipta dua aktiviti kanak-kanak yang diinspirasikan oleh adegan filem daripada Inside Out dan Cars 3. Kanak-kanak boleh berkongsi perasaan mereka di titik semak Inside Out dengan mengambil pelekat watak masing-masing dan melekatkannya di dinding. Mereka juga boleh menyertai pandu uji “Cars” Kawalan Jauh Lightning McQueen Turbo Racer yang membolehkan mereka menaiki kereta mainan McQueen untuk mengambil gambar dan menjadi pelumba legenda baharu di trek.

Kawasan Khas Stesen Setem x Premium Eksklusif Acara
Pelanggan boleh mendapatkan Set Poskad Pixar Fest, berjalan-jalan di sekitar pusat membeli belah tersebut ke 12 Kawasan Khas Stesen Setem Cetak Timbul untuk mencetak timbul dan mengumpul setem kenang-kenangan yang sepadan pada poskad yang berbeza sebagai kenangan. Setelah selesai laluan tersebut, mereka boleh menebus Poster Pixar Fest. Semua perolehan bersih daripada jualan premium Pixar Fest akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan “Make-A-Wish Hong Kong”.

Pertanyaan Pelanggan: (852) 2118 8666 | Laman sesawang:www.harbourcity.com.hk

No Comments

    Leave a Reply