Accor, sebuah syarikat yang menerajui hospitaliti global dengan sukacitanya mengumumkan kempen Unveil the World – untuk meraikan pembukaan semula sektor pelancongan, kedatangan musim panas dan kenikmatan menginap di hotel yang hebat. Dengan sekatan perjalanan yang meliputi pelbagai destinasi di seluruh dunia serta permintaan yang dipendam secara signifikan dalam kalangan pelancong, kempen ini memberi isyarat keyakinan Accor terhadap kebangkitan semula sektor pelancongan serta mengukuhkan semula fokus syarikat yang semakin meningkat terhadap segmen percutian.

“Hotel dan pusat peranginan kami bersedia untuk mengalu-alukan kembali kedatangan para tetamu dan telah berjaya melaksanakan protokol kebersihan dan kesihatan ‘ALLSAFE’ (SELAMAT SEPENUHNYA) kami yang melangkaui keperluan tempatan dan kebangsaan. Ini akan membantu meyakinkan pelancong kerana hotel kami merupakan antara hab yang paling selamat untuk sesiapa sahaja yang memulakan semula aktiviti percutian atau perniagaan mereka. Selain itu, kami menawarkan kadar harga yang fleksibel dan pembatalan saat akhir di All.com supaya para tetamu kami boleh merancang percutian mereka dengan bebas tanpa berasa gusar. Pasukan Accor kami sedang berusaha keras untuk memastikan agar kami dapat menyampaikan impian percutian semua orang pada musim panas ini,” kata Patrick Mendes, Ketua Pegawai Komersial Accor yang bertanggungjawab untuk Jualan, Pemasaran, Pengedaran dan Kesetiaan.

“Unveil the World” yang ditampilkan melalui filem pendek, memberi inspirasi kepada para pelancong untuk meneroka semula tempat-tempat dan pengalaman menakjubkan yang menambah keindahan, pengetahuan dan bermakna kepada kehidupan mereka, akan dilancarkan melalui ALL – Accor Limitless, sebuah program kesetiaan yang menggabungkan ganjaran, perkhidmatan dan pengalaman di seluruh portfolio jenama Accor.

Steven Taylor, Ketua Pegawai Pemasaran Accor berkata: “Sepanjang tahun lalu, kami melihat di media sosial betapa semua orang merindui percutian dan menimba pengalaman tentang perkara yang mereka gemari. Orang ramai di seluruh dunia telah melalui detik-detik yang amat sukar dan adalah menjadi tugas kami untuk memberi inspirasi kepada mereka dengan menyuntik rasa bertenaga, positif, magik dan keyakinan yang baharu. Dunia memerlukan simbol optimisme untuk merangsang semangat mereka dan adalah menjadi harapan kami bahawa orang ramai akan berpeluang menikmati percutian yang amat mereka gemari dan tertangguh, tidak lama lagi.”

Bintang-bintang yang Memberi Inspirasi

Penari Amerika dan koreografer, Lil Buck mengetuai kempen baharu Accor apabila beliau melancarkan sebuah lobi hotel yang bersedia untuk mengalu-alukan semula kedatangan para tetamu. Lil Buck berkata: “Kami menunjukkan kepada anda melalui cara artistik kami yang tersendiri yang membolehkan anda mengungkap dan menikmati dunia anda. Pada musim panas ini, pastikan anda memberi peluang kepada diri anda untuk menikmati keseronokan, mengikuti penerbangan, pergi ke tempat yang anda inginkan, menjelajah ke destinasi impian anda kerana kita tidak akan tahu bila kita akan terperangkap di rumah lagi.”

Turut menjayakan kempen ini ialah Dominique Mirambeau, seorang model Perancis terkenal tahun 70-an yang cantik dan menarik serta idola seni seperti Salvador Dali, Moebius dan Nicki de Saint-Phalle. Cik Mirambeau berkata: “Kita semua mempunyai destinasi kegemaran yang adakalanya dituju untuk mencari ketenangan. Kadang-kadang, melawat dan menikmatinya benar-benar merupakan suatu terapi! Saya gembira dan berbesar hati untuk menyampaikan mesej yang memberi inspirasi ini kepada semua orang di seluruh dunia.”

Keinginan untuk Melancong

Penyelidikan Accor menunjukkan bahawa 65% responden di seluruh dunia cenderung untuk merancang perjalanan percutian dalam beberapa bulan akan datang. Perjalanan melalui jalan raya, aktiviti makan yang santai, pengalaman kebudayaan dan percutian jauh dari bandar merupakan senarai keutamaan lawatan terancang yang paling tinggi – kawasan yang digalakkan oleh kempen “Unveil the World” Accor dengan tawaran istimewa, manfaat kesetiaan baharu dan fleksibiliti tempahan.

Pengguna juga mencari pilihan harga yang fleksibel, kemudahan tempahan dalam talian dan protokol kesihatan dan keselamatan yang dipercayai yang ditawarkan oleh rangkaian hotel Accor melalui label kebersihan dan kesihatan Kumpulan iaitu ALLSAFE.

“Accor telah berusaha keras untuk mewujudkan amalan industri utama dalam bidang ini yang dikatakan menjadi keutamaan para tetamu dan ahli kesetiaan kami apabila mereka merancang untuk keluar dan mula menerokai dunia sekali lagi,” tambah Taylor. “Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kembali kedatangan para tetamu dan meyakinkan mereka dengan keselamatan, keselesaan percutian yang mereka inginkan dan pengalaman yang mereka impikan untuk kembali semula sekali lagi.”

FILEM & KREATIF – LAKONAN & KREDIT:

  • Konsep dan Arahan kreatif: Studio 66
  • Pengarah Filem: Manu Cossu
  • Penerbit: Iconoclast
  • Jurugambar: Antoine Harinthe
  • Tatarias: Aurora Sansone
  • Rambut: Gabriele Trezzi
  • Jurusolek: Cosetta Giorgetti
  • Model: Lil Buck, Dominique Mirambeau, Mao Xiaoxing
  • Reka bentuk set: Emma Rauch

#Unveiltheworld #ALLTravel #Accor

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *