Jumeirah Group, sebuah syarikat perhotelan global yang mewah, bakal membuka hotel yang menjadi kebanggaannya di Eropah iaitu The Carlton Tower Jumeirah di tengah-tengah Knightsbridge di London pada 1 Jun 2021. Pembukaan ini akan disusuli dengan penutupan selama 18 bulan untuk pengubahsuaian bangunan senarai-A yang terkenal ini dengan nilai £100 juta – paling besar dalam sejarahnya. Kedudukan hotel yang strategik ini menyediakan tetamu dengan akses yang unik ke Cadogan Gardens yang tertutup yang menampilkan ruang hijau dan gelanggang tenis dan biasanya hanya dibuka kepada penghuni.
Untuk melihat Siaran Akhbar Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/
Setiap sudut bangunan 17 tingkat ini telah direka bentuk semula untuk merangkum warisan kawasan ini dan kemewahan kontemporari. Selain foyer dan kaunter penerimaan tetamu yang baharu, 186 buah bilik tidur dan suite baharu akan turut dibina yang kebanyakannya menawarkan balkoni dengan pemandangan London yang menakjubkan. Penginapan ini menampilkan panel dinding bertekstur dengan kelengkapan berwarna lembut menggunakan rangkaian warna hangat yang dipengaruhi oleh warna-warna warisan British iaitu biru pekat, hijau dan merah manggis serta bilik mandi marmar dari lantai ke siling. Royal Suite ialah kediaman baharu yang paling eksklusif di hotel ini yang menampilkan tiga bilik tidur dengan pilihan untuk memperibadikan seluruh tingkat dengan keselamatan dan budi bicara sepenuhnya.
Ciri-ciri terpenting pengubahsuaian ini turut merangkumi kelab kesihatan yang terkenal iaitu “The Peak Fitness Club & Spa” yang dibina pada ruang tiga tingkat serta bilik rawatan baharu di Talise Spa dan kolam renang sedalam 20 m yang terbesar di London dengan cahaya semula jadi dan pemandangan menerusi siling kaca yang berketinggian dua kali ganda. The Peak akan menawarkan kelas senaman di studio dan gimnasium yang menampilkan peralatan khas “Technogym” menghadap ke kafe yang meriah di The Peak. Dengan reka bentuk dan ciri baharunya serta keahlian yang sangat terhad, The Peak bersedia untuk merebut semula kedudukannya sebagai pusat kesejahteraan mewah terkemuka di London.
Destinasi restoran di hotel iaitu “Al Mare”, menawarkan pengalaman menjamu selera yang sofistikated dengan tarikan sajian masakan Itali yang terkenal dan mewah. Restoran ini menawarkan suasana meriah, pengalaman gastronomi yang membawa para tetamu ke Itali dan menampilkan dapur teater, ruang makan peribadi serta ruang makan terbuka (alfresco). “The Chinoiserie” yang boleh diakses dari lobi, merupakan sebuah ruang makan hotel yang amat digemari dan dibuka sepanjang hari yang menawarkan konsep inovatif “cake-o’clock” dengan hidangan minuman patisserie sepanjang hari. Selain itu, sebuah bar lobi yang baru direka menawarkan pengalaman koktel dan minuman keras yang mewah dalam suasana penuh glamor.

