Hari ini Hard Rock International telah mengumumkan pelantikan Murray L. Aitken yang pakar dalam bidang hospitaliti sebagai Pengurus Besar Hard Rock Hotel® Desaru Coast yang baru. Dengan pengalaman 30 tahun sebagai pengusaha hotel dan restoran yang profesional, Murray akan menerajui dan membangunkan sebuah pasukan yang kuat, memacu strategi untuk pertumbuhan berterusan dan melaksanakan program yang mengutamakan kesihatan dan keselamatan para tetamu semasa mereka menginap.
“Pelantikan Murray datang pada masa yang ketara di mana landskap perhotelan berkembang pesat dengan cara yang belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Dale Hipsh, Naib Presiden Kanan Hard Rock Hotels. ‘’Dengan bakat dan pengalamannya yang luas ini akan memberi manfaat besar pada syarikat dalam mengekalkan fokus pada kesihatan dan keselamatan para tetamu kami dan menerajui operasi hotel ini ke fasa kedua. “
“Saya amat teruja kerana dapat menjadi sebahagian dari perjalanan yang menarik ini dan juga dapat berhubung dengan tetamu yang setia bersama kami serta rakan sepasukan” kata Murray L. Aitken, Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru Coast. “Pembukaan hotel ini adalah kisah kejayaan yang luar biasa’’. Saya berharap akan terus dapat membina pencapaian yang berterusan dalam satu pasukan, dan memberi penekanan untuk memperkasakan program SAFE + SOUND kami, untuk memastikan tetamu kami sentiasa dalam keaadaan yang selamat dan selesa ketika waktu ini’’.
Dalam peranannya sebelum ini dengan Six Senses Hotels Resorts Spas, Murray memainkan peranan yang penting dalam membuka hotel mewah yang pertama di Chinatown Singapore. Kerjaya Murray juga termasuk menjalankan syarikat perundingan dan nasihat hospitaliti sendiri, dan juga peranan dalam menerajui kepelbagai dari rangkaian hotel mewah di seluruh dunia, termasuk Raffles Asia Tenggara, Rosewood di Indonesia dan merentasi kepulauan Caribbean, Kerzner’s legendary Palace of the Lost City, Kerzner’s Table Bay Hotel, the Orient Express’ famous Mount Nelson dan banyak lagi hartanah di seluruh Afrika Selatan. Terletak di negeri Johor, Hard Rock Hotel Desaru Coast menawarkan pelbagai penginapan bergaya dengan kemudahan yang diilhamkan oleh muzik. Untuk maklumat lebih lanjut atau untuk menempah penginapan di hotel ini, kunjungi www.hardrockhotels.com/desaru-coast. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jenama Hard Rock, sila lawati www.hardrock.com.

