Menu
Gaya & Culture

Vans bekerjasama dengan Artis Hip Hop terkenal J.I.D dan Bohan Phoenix untuk Pelancaran Vans Musicians Wanted Competition

Vans, jenama kasut yang sebati dengan sukan aksi dan penyokong global untuk ekspresi kreatif mengumumkan pengembangan platform muzik terkenal di seluruh dunia, Vans Musicians Wanted. Mula dilancarkan dalam wilayah Vans di Asia Pasifik pada tahun 2015, pertandingan Vans Musicians Wanted adalah platform muzik global yang memberi peluang kepada pemuzik yang baru menapak agar muzik mereka dapat didengar secara global. Pertandingan tahun ini telah dibangunkan menjadi pengalaman digital yang lancar, dan akan memberikan peluang kepada pemenang hadiah utama untuk berkongsi pentas dengan Duta Vans dan artis pemenang anugerah Grammy, Anderson .Paak.

Dilancarkan dengan gabungan bersama bakat hebat dari bahagian akhir kempen ‘THIS IS OFF THE WALL‘ yang dilancarkan hari ini, Vans berkongsi perjalanan menarik dua artis rapper yang berpangkalan di Atlanta, J.I.D dan artis kelahiran China yang dibesarkan di Amerika Syarikat, Bohan Phoenix, yang mengangkat identiti peribadi mereka melalui muzik. Terinspirasi oleh pengalaman mereka menyatukan identiti budaya dengan muzik ‘mentah’, Vans telah bekerjasama dengan J.I.D dan Bohan Phoenix sebagai juri undangan untuk pertandingan global ini. Kisah kedua artis muda ini dalam industri Hip Hop boleh dijadikan pemangkin kepada generasi pemuzik seterusnya yang ingin keluar dari bilik tidur mereka ke pentas utama.

Jalan cerita kempen Vans ‘THIS IS OFF THE WALL’ adalah untuk meraikan ekspresi kreatif melalui usaha para seniman mencari jalan mereka sendiri dalam Hip Hop. Pillihan genre ini amat sesuai sebagai suara generasi muda yang masih berusaha untuk mengorak jalan mereka sendiri.

Dilahirkan dan dibesarkan di Atlanta Timur, Destin Choice Route, yang lebih dikenali dengan nama pentasnya J.I.Dtelah mengukir ruang yang unik untuk dirinya sendiri melalui bakat semulajadinya dan keinginan yang tinggi untuk menjadi berjaya. Walaupun kreativiti sentiasa berterusan sepanjang hidup J.I.D, dia yang pada awalnya bergiat dalam sukan profesional, tetapi kerana kecederaan dan ketidakpastian, dia berhenti lalu memililh muzik. Didorong oleh etika kerjanya yang luar biasa, fokus J.I.D pada penulisan dan ‘wordplay’ yang padu telah membantu menjadikannya sebagai pelopor dalam gelombang Hip Hop baru yang menghargai usaha daripada hype, menentukan bunyi baru yang tiada bandingan. Dengarkan kisah J.I.D dan jalan yang diambilnya untuk mengasah bakatnya di Vans.com/JID.

Dilahirkan di Hubei, China dan berpindah ke Massachusetts ketika berusia 11 tahun, Bohan Phoenix diperkenalkan kepada Hip Hop ketika ibunya menggunakan filem dan rancangan televisyen popular sebagai alat untuk mengajarnya bahasa Inggeris. Ini mencetuskan cintanya terhadap muzik dan budaya justeru menentukan perjalanan kehidupannya di kemudian hari. Pengenalan kepada Hip Hop ini mencetuskan minat Bohan untuk mengasah bakatnya dan melakukan eksplorasi peribadi yang membawanya mencipta muziknya sendiri. Melalui cara asuhan dan identiti dua budaya, dia mula membuat muzik yang menggabungkan dua bahasa dan dua budaya bersama untuk melahirkan sesuatu yang unik, mendorong Hip Hop ke tempat baru. Saksikan perjalanan penemuan diri Bohan Phoenix dan bagaimana membesar dengan dua budaya telah mempengaruhi identitinya sebagai artis di Vans.com/BohanPhoenix.

Bagi meraikan gabungan itu, Vans telah bekerjasama dengan Bohan Phoenix untuk melancarkan kasut Vans dengan sentuhannya di Vans.com/Customs.

Bersama dengan J.I.D dan Bohan Phoenix sebagai juri jemputan khas adalah penyanyi-penulis lagu Nilüfer Yanya yang berpangkalan di Eropah, dan artis pemenang anugerah Grammy, Anderson. Paak.  Mereka akan mengulas 5 artis teratas dari setiap wilayah. Lima finalis dari wilayah APAC akan menerima edaran album secara percuma melalui Spinnup, perkhidmatan pengedaran dari Universal Music Group sebagai artis bebas. Tiga artis akan dipilih untuk membuat persembahan di Konsert Maya Vans Musicians Wanted yang akan diadakan pada Disember ini. Satu pemenang hadiah utama akan dipilih untuk menerima produk Vans, produk Fender, Spotify dan Apple Music playlisting, video muzik yang akan dihasilkan oleh Universal Music Group dan edaran muzik global percuma dan tanpa had selama setahun dari Spinnup (eksklusif kepada APAC), dan berpeluang untuk berkongsi pentas dengan Anderson .Paak sebagai penyanyi pembukaan pada tahun 2021.

 

No Comments

    Leave a Reply