Anugerah ACES dimulakan sembilan tahun lalu untuk merangsang ketelusan dalam kepimpinan dan laporan kelestarian. Kini dalam usia 10 tahun, anugerah ACES memperbaharui komitmennya untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang membawa perubahan positif kepada industri dan pekerja dalam organisasi masing-masing, termasuk memberi pengiktirafan kepada syarikat yang mencapai kejayaan dalam usaha kelestarian dan ESG.

Dalam sedekad inilah, ACES menerima bilangan penama paling ramai berjumlah 580 di kalangan perniagaan di Asia yang mengharapkan kemenangan anugerah terbabit. Daripada 580 penama, 52 industri adalah dari 15 negara, satu-satunya bukti kejayaan ACES. Setelah melalui proses penilaian yang teliti, 82 pemenang dalam 21 kategori dipilih daripada Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Laos, Mongolia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam.

Mendahului senarai pemenang ialah Filipina dengan 23 pemenang, diikuti Malaysia dengan 15 pemenang. Antara yang ketara memenangi anugerah ACES ialah Somphote Ahunai, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Energy Absolute Public Company Limited untuk kategori Usahawan Paling Cemerlang, Nisa Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA As Salam Capital Sdn Bhd sebagai Usahawan Wanita Paling Cemerlang dan Hoe Kian Choon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd sebagai Usahawan Muda Paling Cemerlang. Ayala Corporations dipilih sebagai Syarikat Paling Mampan Asia.

Selain memberi pengiktirafan kepada pemenang, ACES turut menyumbang kepada usaha membela usaha kelestarian dan korporat menerusi Majlis ACES, Institut ACES serta Goeman Bind.

Majlis ACES Council dianggotai individu yang turut bertanggung jawab dalam pembentukan Anugerah ACES. Mereka terdiri daripada peguam korporat antarabangsa, penulis dan  pembela dasar awam Hemant K. Batra; Dr Jayanthi Desan, bekas Pengarah Eksekutif Pusat Malaysia untuk Pembelajaran Kawal Selia, University Malaya; Graduan Harvard dan perunding pelaburan langsung asing (FDI) James John Ku; Luis Bueno Nieto, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Naterial Concept; dan Shanggari B, Ketua Pegawai Eksekutif MORS Group serta pakar pembangunan pemasaran perniagaan Asia. Majlis ACES menggunakan kepakaran individu dan kolektif mereka untuk menarik individu bagi melanjutkan objektif Institut ACES.

Institut ACES adalah barisan hadapan pertumbuhan mampan Asia, dengan bermatlamat merangsang kemajuan menerusi kajian, pandangan pakar, standard, dan hubungan strategik. Dengan komitmen untuk meningkatkan potensi perniagaan Asia, Institut ACES juga berperanan memupuk kemakmuran ekonomi, kesaksamaan dan pembangunan alam sekitar menerusi dialog, perkongsian maklumat dan pertukaran pandangan oleh pemimpin pemikiran korporat, badan serta kumpulan pemikir.

Institut ACES terdiri daripada kumpulan pakar yang percaya terdapatnya perubahan cita-cita dalam dunia korporat. Institut ACES turut bermatlamat menyatu padukan pihak berkepentingan dengan cara yang bermakna menerusi dialog dan program kepimpinan serta inisiatif yang menangani isu kritikal dunia korporat, memupuk persefahaman antara pihak berkepentingan utama dan merangsang inovasi.

Sementara itu, Goeman Bind HTO, sebuah badan pemikir kajian perundangan, dasar awam dan pembangunan antarabangsa tidak berasaskan keuntungan yang berpengkalan di India, turut menyumbang kepada pandangan kritikal dan ilmu untuk pakatan terbabit. Goeman Bind telah baru-baru ini menjadi sebahagian daripada Institut ACES sebagai pusat kecemerlangan, berkongsi akses kepada para akademik dan intelek daripada seluruh dunia yang percaya terhadap kepentingan kelestarian, dan kepentingan perkongsian ilmu. ACES Goeman Bind – Pusat Kecemerlangan akan menjadi pusat ilmu, memupuk budaya pembelajaran dan memperkayakan perbincangan di kalangan komuniti ACES.

Kejayaan pengalaman ketiga-tiga badan ini jelas dengan berlangsungnya Sidang Kemuncak ACES. Sidang kemuncak terbabit yang berlangsung pada 23 haribulan November 2023, sehari sebelum Anugerah ACES diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur. 

Bertemakan “Bertindak terhadap ESG Asean: Satu visi untuk kemajuan mampan,” sidang kemuncak terbabit menyediakan landasan unik untuk pemimpin perniagaan, pembela kelestarian dan pemimpin pemikiran untuk meneroka dan membahaskan strategi untuk tindakan transformatif bagi mencapai masa depan mampan, berdaya tahan dan saksama untuk perniagaan dan generasi akan datang. Acara sehari itu memaparkan ahli majlis ACES Dr Jayanthi Desan, bersama-sama bekas pemenang anugerah ACES Niko Safavi, Ketua Pegawai Eksekutif PT Mowilex, satu-satunya syarikat yang dianugerahkan Pengurusan Syarikat Paling Cemerlang di Indonesia oleh Deloitte.

Ahli sidang kemuncak ACES lain termasuk Marla Garin-Alvarez, Naib Presiden & Ketua Pejabat Kelestarian, Kumpulan Pematuhan, BDO Unibank; Eric Roberto M. Luchangco, Ketua Pegawai Kelestarian, dan Ketua Strategi dan Kewangan, Bank of the Philippine Islands (BPI), juga pemenang anugerah ACES; dan Laura Canas da Costa, Pakar Dasar Global Kanan, Inisiatif Kewangan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Environment Programme Finance Initiative (UNEP FI). 

Perbincangan bertahap tinggi merangkumi sesi berkenaan teknologi dan inovasi (Model Perniagaan Pekeliling dan Dinyahkarbon Rangkaian Bekalan Dicipta Semula (Circular Business Models and Reinventing Supply Chain Decarbonization), kewangan dan pelaburan (Pembiayaan Iklim untuk Perubahan Positif, Mengemudi Pelaburan Impak di Asia) atau (Climate Financing for Positive Change, Navigating Impact Investing in Asia), dan modal insan (Masa Depan Sosial & Impak Komuniti) atau (Future of Social & Community Impact). 

Sidang kemuncak terbabit mensasarkan wakil atau tuan punya perniagaan yang berminat memajukan usaha ke arah mencapai pengeluaran sifar bersih, serta individu yang berminat menerajui agenda perniagaan Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Anugerah ACES dan Majlis ACES, Shanggari B percaya jangka hayat Anugerah ACES adalah bukti bahawa terdapat pemimpin korporat yang menyedari perubahan yang perlu dilakukan terhadap cara perniagaan perlu diurus tadbir dan dijalankan. 

“Terdapat kepercayaan yang semakin meningkat dalam sektor korporat bahawa kuasa akan disusuli tanggungjawab. Tidak cukup bagi perniagaan untuk meraih keuntungan. Pemimpin perniagaan kini sedar bahawa mereka dinilai bukan sahaja berdasarkan jenama mereka tetapi juga oleh pengguna produk dan perkhidmatan mereka. Dengan kesedaran pengguna yang semakin meningkat, pembelian kini berdasarkan penilaian pengguna yang menggunakan jenama terbabit, dan bagaimana beliau menguruskan pekerja mereka, serta cara beliau mendapatkan bahan mentah dan mengeluarkan produk. Kami hidup dalam era ketelusan, dan Anugerah ACES adalah salah satu penilai ketelusan terbaik, kata Shanggari.

Pemenang Anugerah ACES telah secara kolektif meraih lebih 361 bilion dolar Amerika Syarikat dari segi hasil, yakni hasil kewangan daripada perniagaan mampan. Komitmen mereka terhadap prinsip ESG telah juga mengurangkan penghasilan sisa dan pengeluaran karbon serta peningkatan dalam penggunaan sumber kitar semula. Pemenang ACES telah mendatangkan perubahan transformatif untuk lebih 52 industri dan menyediakan pekerjaan bagi lebih satu juta individu.

“Kami sudah bertapak selama sepuluh tahun dan telah memantau untuk sepuluh tahun terbabit. Bukti kami tidak boleh disangsi: kepimpinan cemerlang dan inisiatif kelestarian berhasil. Matlamat kami untuk sepuluh tahun akan datang adalah untuk  terus menyebarkan mesej ini dengan bantuan bekas pemenang, Institut ACES dan Sidang Kemuncak ACES yang akan datang,” kata Shanggari.

Share:
,
You may also like
Latest Posts from Travellah