Buat anda yang gemar melancong ke negara jiran Indonesia, Jakarta merupakan satu destinasi yang mudah dan tepat kerana ia hanya mengambil masa dua jam perjalanan sahaja dengan menaiki kapal terbang.

Dan andai tercari-cari tempat penginapan yang menepati suasana percutian berkeluarga atau bersama kawan-kawan di bandaraya itu, eL Royale Hotel Jakarta adalah pilihan yang sangat sesuai.

Terletak di kawasan Jakarta Utara di daerah Kelapa Gading, hotel ini memang sering menjadi pilihan mereka yang ingin menginap di kawasan bandar raya.

Ini kerana ia mempunyai lima sebab yang paling ketara. Yang pertama, lokasinya sangat strategik dan susah untuk dinafikan. Hotel ini terletak berdekatan beberapa pusat membeli-belah.

Pusat-pusat membeli-belah ini mempunyai pelbagai kedai menarik serta macam-macam lagi. Di antaranya aneka restoran, pusat karaoke, panggung wayang dan macam-macam lagi. Malah ia juga tidak terlalu jauh dari kawasan Ancol yang terkenal dengan taman tema serta pantainya.

Sebab kedua tempat ini sesuai sebagai penginapan adalah perkhidmatan peribadi yang disediakan. Ini terlihat dengan layanan para pekerja yang sangat peka, teliti dan peramah.

Yang ketiga pula adalah pilihan jenis-jenis penginapan yang ditawarkan. Jenama el Royale memang terkenal sebagai penginapan berkonsepkan hotel dan juga bilik-bilik seperti pangsapuri mewah. Nama eL Hotel Royale sendiri melambangkan kelebihan yang ada di sini. Terdapat 311 unit bilik dan suite di situ. 

 

 
 
 
 
 
Unit-unit ini datang dengan berbagai pilihan, ada yang datang dalam bentuk bilik asas dan ada juga berbentuk suite dengan satu, dua dan tiga bilik tidur selain dapur kecil, ruang tamu dan juga ruang makan. Ditambah lagi dengan TV layar leper di setiap bilik, kemudahan yang ditawarkan benar-benar mirip seperti di hotel lima bintang.
 
Perbezaannya hanyalah jumlah bilik yang lebih banyak dan ruang yang lebih luas. Selain itu setiap unit ini mempunyai sambungan internet wi-fi untuk kemudahan para tamunya. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk tamu yang berkunjung.
 
Apatah lagi terdapat kemudahan lain seperti gimnasium untuk beriadah, spa untuk memanjakan diri, serta kolam renang dan juga taman permainan untuk kanak-kanak (children’s playground) buat anak-anak meluangkan masa. Ini semua menjadi sebab keempat kenapa penginapan ini menjadi pilihan.
 
Sebab kelima adalah aneka pilihan makanan enak yang disajikan di restoran Sapphire mereka. Pendek kata semuanya ada di sini.
 
 
 

 
 

Dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang diberikan, penginapan di sini memang amat berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dan nikmatilah percutian bersama orang tersayang anda di eL Royale Jakarta Hotel sekiranya berkunjung ke Jakarta!

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *