Musim cuti sekolah sememangnya waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga tercinta. Dan biarpun ramai rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan untuk melancong ke luar negara pada hujung tahun, sebahagian besar masih tercari-cari tempat yang menarik di dalam Malaysia.
Kami di travellah.my ingin menyarankan satu lokasi menarik dan tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur, iaitu Zoo Melaka! Zoo yang kini diberi penjenamaan semula sebagai Melaka Zoo and Night Safari ini diasaskan lama dahulu pada tahun 1963. Terletak di Ayer Keroh ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik selain konsep Zoo yang lebih kontemporari.
Bertujuan mendidik sambil menyediakan tempat rekreasi ia membawa konsep terbuka di mana haiwan yang dipelihara dipamerkan dalam kawasan hijau yang luas dan bukan di dalam sangkar. Ini memberi peluang kepada pihak zoo untuk memulihara, melindung dan membantu dalam proses pembiakan serta perlindungan haiwan yang ada di zoo ini.
Selain daripada pelbagai haiwan yang terdapat di zoo ini, ada juga aktiviti-aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan sepanjang berada di sini seperti pertunjukan haiwan, program pendidikan, memberi makanan kepada haiwan , menaiki kuda dan macam-macam lagi.
Jadi jika tidak tahu hendak ke mana untuk meluangkan waktu bersama keluarga, singgahlah ke Melaka Zoo and Night Safari. Anda sekeluarga pasti terhibur!
Untuk keterangan lanjut layari http://www.zoomelaka.gov.my/index.html
*Sekalung penghargaan untuk Puan Eriza dan Cik Shiera dari Zoo Melaka atas segala kerjasama yang diberikan.
Gambar oleh Sophea Zahra Binti Mohammad Ashraf
__________________________________________________________________________
Basic information in English:
The Melaka (Malacca) Zoo was established in 1963 under the care of the Melaka State Government. Recently privatized in 2013, the zoo has been rebranded as The Melaka Zoo and Night Safari.
At 54 acres, it is the second largest zoo in Malaysia under the new Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (The Hang Tuah Jaya Municipal Council) . The zoo offers an open concept in animal exhibition, enhancing wildlife education programmes, animal breeding and conservation programmes while making the zoo a formidable recreational area.
The ever popular Night Safari has been enhanced to give visitors a unique opportunity in observing the behaviours of nocturnal animals in their natural habitats.
At Melaka Zoo & Night Safari, it is not just about a walk through their animals but a whole new wildlife discovery with various programs suitable for pre-schoolers to university students and corporate companies.
The zoo aims to:
- Make Melaka Zoo & Night Safari a place for education and recreation with high quality, services and entertainment for both Malaysians and foreigners
- Move towards the latest concept in zoo industries, which is the “open concept”. Animals will be exhibited in large, green spacious enclosure not in the out-dated cage enclosure
- Create awareness among visitors about wild animal status through conservation programmes
- The Melaka Zoo and Night Safari advocates conservation, education, and recreational organization dedicated to the reproduction, protection, and exhibition of animals, plants, and their habitats.
For further details log on to http://www.zoomelaka.gov.my/index.html