Bukan mudah nak memilih hadiah untuk seseorang, lebih-lebih lagi kalau kita tak mahu memberikan sesuatu yang akhirnya tersimpan dalam almari.
Kalau penerimanya pula jenis yang suka berjalan, selalu merancang percutian atau gemar membawa bekalan minuman sendiri ke mana-mana, mungkin botol minuman dengan rekaan menarik boleh masuk dalam senarai pilihan.
Menjelang musim pemberian hadiah hujung tahun, Montigo memperkenalkan The Sweetest Gifting, rangkaian hadiah yang merangkumi koleksi botol minuman, set hadiah dan aksesori dengan pilihan pembungkusan yang sesuai untuk pelbagai bajet.


Antara yang diperkenalkan ialah Jelly Joy, koleksi baharu dengan warna pastel dan kemasan lut sinar yang diinspirasikan oleh gula-gula. Rekaannya lebih ceria, dengan sentuhan yang mengingatkan kita kepada gula-gula zaman kanak-kanak.
Koleksi ini menampilkan tiga rekaan baharu iaitu Ace Bottle Mighty, Ace Bottle Mini Sip dan Bubble Bottle Small. Beberapa produk sedia ada Montigo turut menerima pilihan warna Jelly Joy, termasuk Ace Bottle Mega, Ace Bottle Micro dan Sense Coffee Cup.



Bagi mereka yang kerap mengembara, botol minuman boleh menjadi antara barang yang sentiasa dibawa dalam beg.
Ketika berjalan kaki meneroka bandar, menunggu penerbangan atau dalam perjalanan jauh, botol sendiri boleh membantu memudahkan urusan mendapatkan minuman sepanjang hari. Pilihan saiz pula boleh disesuaikan mengikut keperluan dan cara seseorang mengembara.
Jelly Joy mula diperkenalkan pada 15 Oktober 2026. Pada 5 November, koleksi ini akan menerima tambahan cetakan edisi terhad untuk Ace Bottle Mega dan Ace Bottle Mighty, pilihan warna baharu bagi Essential Tumbler serta Sweetest Surprise Set.

Set yang ditawarkan dalam kuantiti terhad itu menggabungkan pilihan produk Jelly Joy dengan barangan eksklusif Montigo.
Set Hadiah Untuk Pelbagai Bajet
Kalau tidak pasti produk mana yang sesuai untuk dijadikan hadiah, Montigo turut menyediakan set hadiah pada harga RM89 hingga RM229. Setiap pilihan menggabungkan produk tertentu dan disertakan kotak hadiah bersaiz kecil atau besar, bergantung pada set yang dipilih.
Pilihan ini sesuai untuk mereka yang mahukan hadiah siap dibungkus tanpa perlu bersusah payah mencari kotak atau kertas pembalut yang sepadan. Sama ada untuk rakan, ahli keluarga atau teman sekerja, pilihan boleh dibuat berdasarkan bajet dan cita rasa penerima.
Set hadiah berkenaan boleh didapati menerusi laman web Montigo dan kedai terpilih.
Singgah Ke Sweetest Gift Shop
Bagi yang mahu melihat sendiri koleksi terbaharu ini, Montigo turut mengadakan The Sweetest Gift Shop di tiga lokasi membeli-belah.
Ruang pop-up di Mid Valley Southkey, North Court berlangsung dari 2 hingga 8 November 2026. Di Pavilion KL, pengunjung boleh singgah di Food Connection dari 10 November hingga 6 Disember, manakala Sunway Pyramid menjadi lokasi seterusnya di Grand Foyer dari 16 hingga 22 November.
Terdapat juga hadiah tambahan untuk pelanggan di lokasi terpilih. Di Mid Valley Southkey dan Sunway Pyramid, pembelian barangan disertakan pek pelekat Sweetest Gem dan kad ucapan Montigo.
Pembelian RM180 ke atas turut menerima gula-gula Jelly Joy, manakala pembelian RM300 ke atas mendapat tambahan Ace Bottle Micro.
Di Pavilion KL, setiap pembelian barangan disertakan pek pelekat dan kad ucapan.
Koleksi The Sweetest Gifting boleh didapati mulai 15 Oktober 2026 menerusi laman web rasmi Montigo dan kedai terpilih.
Kadangkala, hadiah yang paling ‘kena’ dengan seseorang bukanlah yang paling mahal, tetapi sesuatu yang memang dekat dengan rutin hariannya.
Untuk rakan yang gemar mengembara, botol minuman dengan rekaan yang menepati cita rasanya mungkin menjadi teman untuk perjalanan seterusnya. Bahkan, ia juga untuk hari-hari biasa sebelum tiba waktu bercuti lagi.

