Hilton Shah Alam Glenmarie, kini sudah mula beroperasi, dan pembukaan baharu ini sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran jenama utamanya di Selangor.

Berlatarbelakangkan fairway dan tasik di lapangan golf kejohanan Glenmarie, hotel dengan 261 bilik dan suite ini merupakan yang pertama daripada beberapa hartanah Hilton yang dijadualkan dibuka di Malaysia tahun ini.

Akan menyusul ialah Hilton Burau Bay Resort Langkawi dan Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran, di samping kemunculan jenama baharu seperti Waldorf Astoria Kuala Lumpur dan Conrad Kuala Lumpur, mencerminkan keyakinan berterusan syarikat terhadap pertumbuhan pasaran Malaysia.

“Hilton Shah Alam Glenmarie merupakan penambahan penting dalam portfolio kami di Malaysia, seiring dengan perkembangan permintaan perjalanan, khususnya apabila Selangor terus mencatat momentum positif menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” ujar Naib Presiden Kawasan serta Ketua Serantau bagi Asia Tenggara, Hilton, Alexandra Murray.

“Pembukaan ini turut mengukuhkan kehadiran jenama utama Hilton di Lembah Klang menerusi sebuah hotel yang menyokong pelbagai tujuan perjalanan tetamu, sama ada untuk mesyuarat dan keraian, mahupun percutian hujung minggu serta masa bersama keluarga.

Dengan layanan mesra yang sinonim dengan Hilton, tetamu boleh menikmati suasana yang lebih tenang untuk berehat, berkumpul dan menyegarkan diri, tanpa perlu pergi jauh dari bandar.”

Berada dalam jarak pemanduan mudah dari hab pengangkutan utama dan tarikan sekitar, Hilton Shah Alam Glenmarie terletak kira-kira 10 minit dari Lapangan Terbang Subang dan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tetamu juga berada dalam jarak mudah ke beberapa destinasi popular, termasuk Sunway Lagoon Theme Park (15 minit), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Biru serta Wet World Water Park (20 minit), dan Taman Botani Shah Alam (30 minit).

Pilihan penginapan di Hilton Shah Alam Glenmarie direka untuk memenuhi pelbagai gaya perjalanan dan keperluan tetamu. Ia merangkumi 107 bilik tetamu dengan pilihan katil king dan twin, 74 bilik deluxe yang menghadap padang golf, serta 55 bilik premium eksekutif termasuk pilihan dupleks dan balkoni.

Sebanyak 34 bilik bersambung, memberikan lebih fleksibiliti untuk keluarga dan kumpulan yang menginap bersama. Bagi tetamu yang mengutamakan ruang tambahan, terdapat juga 25 suite dengan susun atur tidur yang fleksibel, sesuai untuk penginapan lebih panjang atau percutian keluarga yang lebih selesa.

Bilik Duplex Family Suite

King Room

Hilton Shah Alam Glenmarie juga menawarkan pelbagai pengalaman kulinari menerusi lima destinasi sajian yang memenuhi pelbagai cita rasa dan suasana sepanjang hari.

Gingerfire, restoran santapan sepanjang hari, menyajikan pilihan tempatan dan antarabangsa, manakala Garden Terrace Restaurant menawarkan pengalaman makan yang santai dengan hidangan Malaysia dan Barat dari sarapan hingga makan malam.

Untuk malam yang lebih istimewa, Fūrin Restaurant membawakan pengalaman sajian Jepun yang elegan, lengkap dengan bilik peribadi untuk acara yang lebih intim. Glen Lounge pula menjadi ruang sosial untuk menikmati pastri dan minum petang pada siang hari, sebelum bertukar suasana menjadi lebih santai dengan pilihan minuman pada waktu malam.

Tidak ketinggalan ialah Pine Café, dengan pilihan sajian ringkas untuk dibawa pergi serta minuman yang menyegarkan.

Tetamu di Hilton Shah Alam Glenmarie boleh berehat dan menikmati pelbagai kemudahan rekreasi dan riadah yang direka untuk menyokong keseimbangan serta kesejahteraan diri. 

Antaranya termasuk kolam renang bersaiz Olimpik, kolam kanak-kanak, pusat kecergasan 24 jam yang serba lengkap, gelanggang sukan dalaman dan luaran, ping pong, taman permainan kanak-kanak serta ruang karaoke.

Penggemar golf juga boleh menikmati akses mudah ke Glenmarie Golf and Country Club, yang menempatkan dua padang golf 18 lubang serta lapang sasar lengkap dengan pusat penyesuaian profesional.

Dengan lebih 2,800 meter persegi ruang mesyuarat dan acara yang fleksibel merangkumi 29 venue, Hilton Shah Alam Glenmarie amat sesuai untuk menganjurkan persidangan korporat, kumpulan insentif, majlis perkahwinan dan pelbagai acara sosial.

Tumpuan utamanya ialah Glenmarie Ballroom seluas 556 meter persegi yang mampu menampung sehingga 500 tetamu, disokong oleh beberapa ballroom bersaiz sederhana, bilik mesyuarat dan ruang berkonsep bilik lembaga.

Kemudahan mesyuarat hotel ini turut merangkumi Cullinan Event Hall yang baru diperkenalkan, dengan pencahayaan semula jadi dan pemandangan padang golf, sekali gus menawarkan suasana venue berkonsep resort yang tersendiri di Lembah Klang.

Secara keseluruhan, terdapat 13 ruang fleksibel yang boleh menampung antara 10 hingga 360 tetamu.

Hilton Shah Alam Glenmarie terletak di 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, Shah Alam, 40250, Selangor, Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila layari www.hilton.com/shahalamglenmarie atau e-mel HiltonGlenmarie_Reservations@hilton.com.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah