Vietjet, syarikat penerbangan terkemuka Vietnam, memperkenalkan tawaran  diskaun 30 peratus untuk tambang asas Deluxe (tidak termasuk cukai dan yuran) bagi penumpang dari Malaysia pada hari ini sahaja 15 Januari 2026.

Tawaran terhad ini boleh ditebus dari jam 1.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada 15 Januari (waktu Malaysia) dan sah untuk semua penerbangan Vietjet antara Malaysia dan Vietnam.

Penumpang hanya perlu menempah tiket Deluxe melalui www.vietjetair.com atau aplikasi mudah alih Vietjet Air dengan kod promosi DELUXE2026.

Tempoh perjalanan adalah dari 1 Februari hingga 31 Disember 2026, sesuai untuk percutian musim cuti sekolah, hujung minggu panjang mahupun urusan kerja sepanjang tahun.

Bagi rakyat Malaysia yang merancang ke Vietnam, Vietjet menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City, Hanoi dan Da Nang, memudahkan penumpang menuju ke destinasi popular yang kaya dengan budaya.

Tambang Deluxe Vietjet direka untuk memberikan keselesaan dan fleksibiliti, termasuk elaun bagasi daftar masuk sehingga 20kg, pemilihan tempat duduk percuma, kemudahan menukar jadual perjalanan, serta pelbagai nilai tambah lain bagi memastikan pengalaman penerbangan yang lebih lancar..

Vietnam terus menjadi destinasi pilihan pelancong Malaysia, dengan kepelbagaian pengalaman yang ditawarkan, daripada pesona bersejarah Hanoi dan suasana bertenaga Ho Chi Minh City, ke dataran tinggi yang nyaman seperti Sa Pa dan Ha Giang, hinggalah ke pantai-pantai indah di Da Nang, Phu Quoc dan Nha Trang.

Sama ada untuk pencinta makanan, budaya, alam semula jadi atau sekadar bersantai, Vietnam sememangnya menawarkansesuatu untuk semua.

Di dalam pesawat, penumpang boleh menikmati hidangan popular Vietnam seperti Pho, Banh Mi dan kopi ais susu Vietnam, selain pilihan menu antarabangsa, disajikan oleh kru kabin Vietjet yang mesra dan prihatin.

Dengan armada moden yang jimat bahan api serta beberapa penerbangan yang turut menawarkan pengalaman budaya dan hiburan dalam penerbangan, promosi ini ialah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia merancang percutian ke Vietnam pada tahun 2026 dengan nilai yang sangat berbaloi.

Maklumat lanjut  dan tempahan di www.vietjetair.com

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah