Dalam usaha menyemarakkan semula semangat rakyat Malaysia untuk bercuti dalam negara, platform pengalaman pelancongan terkemuka di Asia, Klook menghidupkan semula kempen popular mereka, #KlookDulu.
Kempen yang berlangsung dari 18 Ogos hingga 21 September 2025 ini menampilkan tiga fasa utama yang terdiri daripada Discover Negaraku, Jualan Mega 9.9, dan Jom Cuti Sekolah.
Fokus utama adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia mencari kegembiraan dan ketenangan melalui percutian domestik yang bermakna.
Menurut kajian Klook’s Travel Pulse Study 2025, semakin ramai pengembara Malaysia kini mengutamakan kesejahteraan diri, aktiviti riadah dan pengalaman yang mendalam berbanding pelancongan konvensional.
Tumpuan kini beralih daripada hanya melihat tempat menarik kepada pengalaman yang menggalakkan kesejahteraan diri seperti spa, hiburan, bengkel kreatif, dan penginapan unik.
“Pelancongan bukan lagi tentang melarikan diri dari masalah, tetapi tentang kembali mencari diri sendiri. Di Klook, kami telah melihat peningkatan permintaan untuk pengalaman yang memfokuskan pada kesejahteraan diri, dan ini mencerminkan satu makna yang lebih mendalam,” ujar Pengurus Besar Klook bagi Singapura, Indonesia dan Malaysia, Sarah Wan.
Trend baharu: kesejahteraan, kreativiti dan pengalaman interaktif
Data tempahan Klook menunjukkan peningkatan ketara dalam aktiviti pelancongan yang menekankan gaya hidup sihat dan kesejahteraan emosi. Antara aktiviti yang mencuri perhatian:
* Spa & Kecantikan, yang mencatat peningkatan hampir 3 kali ganda berbanding tahun lalu.

* Bengkel kreatif seperti membuat tembikar menarik minat golongan muda mencari ketenangan dan kemahiran baharu.
* Pengalaman dalaman interaktif seperti Hauntu dan Escape room, sesuai untuk mereka yang ingin ‘lari’ daripada rutin tanpa keluar bandar.
Hotel bukan sekadar untuk tidur
Sektor perhotelan domestik juga berkembang pesat, dengan rakyat Malaysia semakin bijak memilih penginapan yang menawarkan pengalaman dan ketenangan. Antara pilihan popular termasuklah:
* Hotel butik dan bertema di bandar untuk pengembara muda yang mahukan suasana baharu.

* Resort mesra keluarga berhampiran tarikan utama, ideal untuk percutian tanpa tekanan.
* Penginapan berkonsep kesihatan, sesuai untuk pasangan atau solo traveler yang mencari ruang peribadi.
Sepanjang kempen berlangsung, Klook menawarkan pelbagai promosi menarik untuk direbut. Antaranya ialah:
* Diskaun RM30 untuk semua pengguna (1–21 September, min RM350).
* Diskaun RM31 untuk aktiviti Malaysia (18–31 Ogos, min RM350).
* Jualan Kilat Merdeka – Diskaun 31% pada 31 Ogos sahaja (min RM350, potongan maksima RM70).
* Promosi Beli 1 Percuma 1 semasa 9.9 dan Hari Malaysia untuk tarikan seperti Sunway Lagoon dan LEGOLAND Malaysia.
Kempen #KlookDulu bukan sekadar promosi pelancongan, tetapi ia adalah jemputan untuk rakyat Malaysia menilai semula maksud sebenar bercuti.
Dalam dunia serba pantas ini, Klook menyarankan agar kita semua berhenti sejenak, meneroka keindahan tempatan, dan mengisi semula tenaga dengan pengalaman yang kekal dalam ingatan!

