Penggemar percutian pantai tidak akan pernah kecewa dengan Langkawi. Biarpun ada sahaja keluhan atau kecaman yang dilempatkan terhadap pulau lagenda ini, namun keindahan dan keunikan alam semulajadinya tidak boleh disangkal.
Jika tidak, masakan ia mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai pusat rujukan ‘geopark’ peringkat Asia Pasifik.
Pilihan percutian yang pelbagai membuatkan Langkawi ideal untuk semua golongan pendapatan, B40, M40 atau T20.
Untuk anda yang merancang ke Langkawi sempena cuti sekolah pada September ini, berikut adalah dua aktiviti yang berbaloi untuk dicuba di Langkawi untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan!
1. Berkayak untuk terokai alam semula jadi dengan cara berbeza
Aktiviti berkayak di Langkawi bukan sekadar sukan air biasa kerana ia memberikan pengalaman meneroka keindahan alam semula jadi yang menenangkan dan penuh keajaiban.
Terdapat beberapa pilihan pakej yang menanti. Salah satunya berkayak di hutan paya bakau, Tanjung Rhu.


Dengan pilihan sesi pagi atau petang, peserta berpeluang menyusuri sungai-sungai kecil yang tersembunyi dan jauh daripada tumpuan pelancong menjadikan pengalaman ini lebih eksklusif dan santai.
Ya, memang benar ia memerlukan tenaga fizikal, kerana ia mengambil masa kira-kira dua jam, tetapi percayalah anda tidak akan menyesal.
Ini kerana sepanjang perjalanan, pengunjung dapat menyaksikan keunikan hidupan liar seperti helang yang berterbangan burung raja udang, biawak, dan pelbagai tumbuhan asli yang tumbuh subur di sekitar hutan paya bakau.
Ia bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang untuk menghargai ekosistem semula jadi yang kaya.
Aktiviti ini direka khas untuk semua peringkat, termasuk pemula, tahap kesukaran yang mudah hinggalah mahir. Jika ambil pakej dengan Klook Malaysia, aktiviti ini turut dilindungi insurans bagi melindungi peserta sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Apa yang anda perlu lakukan ialah, nikmati perjalanan dan rakam gambar sebanyak yang dimahukan untuk dijadikan memori. Selain dewasa, kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas juga boleh turut serta.
Jadi, jika anda masih belum pernah melakukan aktiviti ini di mana-mana, Mangrove Kayaking Tour di Langkawi adalah pilihan yang sangat berbaloi untuk dicuba!
Boleh semak harga, lihat maklumat lanjut dan buat tempahan di pautan ini, https://www.klook.com/en-MY/activity/49361-mangrove-tour-transfers-meal-kayaking-langkawi/
2. Pandu ATV di Pantai Tanjung Rhu
Memandu ATV di pantai mungkin bukan sesuatu yang asing, tetapi melakukannya di Pantai Tanjung Rhu memberikan satu pengalaman yang benar-benar berbeza.
Terletak di utara pulau Langkawi, Pantai Tanjung Rhu terkenal dengan pemandangannya yang memukau, pasir putih yang halus, laut yang tenang, dan panorama yang terbentang luas sejauh mata memandang.
Dikelilingi pokok rhu yang rendang dan suasana yang tenang jauh daripada kesibukan bandar, ini adalah salah satu lokasi paling menenangkan dan cantik di Langkawi.
Aktiviti ATV di sini bukan sekadar tunggangan biasa. Jika anda hanya ingin menikmati keindahan pantai tanpa terlalu banyak aksi lasak, terdapat pakej santai (fun ride) berharga serendah RM189 daripada Klook Malaysia.
Melalui pakej ini, anda akan dibawa menyusuri sepanjang pesisir pantai, memberi peluang untuk merakam foto dan video berlatar belakangkan pemandangan yang sangat menawan, sempurna untuk dijadikan kenangan atau dikongsi di media sosial.
Jika anda mahu pengalaman lebih mencabar dan ada elemen kejutan, ambillah pakej yang turut membawa anda masuk ke laluan hutan dan sungai. Pakej ini mengambil masa lebih dua jam kerana trek yang dilalui agak mendebarkan untuk yang baru mencuba.
Lihat kehidupan nelayan yang menjala ikan dan mencari siput ketika melalui muara sungai di hujung pantai. Sesekali bolehlah berhenti seketika untuk merakam memori. Banyak yang boleh dilihat ketika menyertai trip ATV ini.
Untuk tempahan pemanduan yang santai, anda boleh buat menerusi pautan ini, https://www.klook.com/en-MY/activity/71822-group-atv-ride-tanjung-rhu-beach-langkawi/
Selamat bercuti!

