Bandung memang sudah menjadi salah satu destinasi wisata kegemaran rakyat Malaysia sejak penerbangan ke bandar ini diperkenalkan sekitar 20 tahun tahun yang lalu.
Dengan pelbagai tarikan seperti makanan lazat dan banyak tempat membeli-belah pada harga yang sangat berpatutan, ia terus dikerumuni oleh ramai pelancong, khasnya rakyat Malaysia yang menyukai suasana kota ini.
Tidak hairan juga mengapa semakin banyak tempat penginapan yang tumbuh di bandar yang dikenali sebagai ‘Kota Kembang’ ini.
Antara hotel yang menarik perhatian kami sewaktu ke Bandung baru-baru ini adalah Mercure Bandung Nexa Supratman. Ia merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang menggabungkan keselesaan moden dengan akses lokasi yang strategik di tengah bandar Bandung.
Berikut kami kongsikan lima kelebihan kalau anda menginap di hotel ini:
- Lokasi Strategik di Tengah Kota Bandung
Terletak di Jalan Supratman, hotel ini memudahkan akses ke pelbagai tarikan terkenal di Bandung.Ia hanya mengambil masa kira-kira 15 minit berjalan kaki ke Muzium Geologi Bandung dan Gedung Sate, salah satu mercu tanda bersejarah.Jalan Riau yang terkenal dengan deretan outlet fesyen juga berada berhampiran, sesuai untuk pencinta beli-belah.
- Penginapan Moden dan Selesa
Hotel ini mempunyai 181 bilik yang direka dengan sentuhan moden untuk memastikan keselesaan maksimum.Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin rata, peti keselamatan peribadi dan ruang duduk.Bilik mandi en suite pula menyediakan kelengkapan asas percuma, pengering rambut dan selipar.



- Kolam Renang Dalaman dan Gimnasium Lengkap
Tetamu boleh bersantai di kolam renang dalaman yang sesuai digunakan tanpa mengira cuaca.Bagi yang gemar bersenam, gimnasium yang lengkap dengan peralatan moden tersedia untuk memenuhi keperluan kecergasan anda.

- Cyber Café: Sajian Pelbagai Rasa
Restoran dalaman Cyber Café menawarkan pelbagai hidangan Indonesia, Asia dan antarabangsa.Dibuka setiap hari dari pagi hingga tengah malam, ia menyediakan pilihan menu à la carte dan buffet yang memuaskan selera pelbagai tetamu.






- Ruang Mesyuarat dan Acara yang Serbaguna
Untuk pelawat korporat dan penganjur acara, hotel ini menyediakan tujuh bilik mesyuarat, dengan ruang terbesar berkeluasan 339 m² dan boleh memuatkan sehingga 260 tetamu.Ballroom utama mampu menampung sehingga 500 orang, sesuai untuk majlis perkahwinan, persidangan dan acara rasmi lain.


Dengan lokasi yang strategik, kemudahan moden dan fasiliti lengkap, Mercure Bandung Nexa Supratman adalah pilihan ideal bagi pelancong perniagaan mahupun santai yang berkunjung ke Bandung.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang mereka di Mercure Bandung Nexa Supratman.

