Berikutan lebih banyak negara mengalu-alukan semula kedatangan pelawat antarabangsa, rakyat Malaysia kini merancang perjalanan mereka ke luar negara dengan semangat baharu. Data baharu daripada Airbnb menunjukkan bahawa pelbagai destinasi dekat mahupun jauh merupakan antara destinasi luar negara yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia pada suku kedua 2022.

Berdasarkan data carian dalaman Airbnb, di peringkat global, destinasi luar negara yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia di Airbnb pada suku kedua 2022  ialah:

  1. Great Britain
  2. Thailand
  3. Australia
  4. Switzerland
  5. Perancis
Scotland merupakan salah satu negara di Great Britain yang sering diintai oleh pengembara

Rakyat Malaysia juga kini memperluaskan batasan perjalanan mereka dan ingin meneroka destinasi luar negara baharu.  Airbnb menyaksikan minat rakyat Malaysia terhadap penginapan di Arab Saudi meningkat lebih daripada 180 peratus pada suku kedua 2022 berbanding suku kedua 2019.

Malah berlaku peningkatan carian untuk penginapan di Turki lebih daripada 150 peratus dalam tempoh yang sama. Antara destinasi luar negara sohor kini yang lain termasuklah Mesir (meningkat 120 peratus) dan Mexico (meningkat 80 peratus).  Kesemua data ini berdasarkan data carian dalaman Airbnb, suku kedua 2022 berbanding suku kedua 2019.

Minat rakyat Malaysia terhadap penginapan di Arab Saudi meningkat lebih daripada 180 peratus pada suku kedua 2022 berbanding suku kedua 2019

Thailand, Australia, Indonesia dan Singapura pula merupakan destinasi di Asia Pasifik yang paling banyak dicari oleh tetamu Malaysia di Airbnb pada suku kedua yang lalu.

Namun begitu, minat untuk mengembara di dalam negara tidak pudar. Malaysia menduduki tempat teratas sebagai destinasi yang paling banyak dicari dalam kalangan rakyat Malaysia di Airbnb. Di seluruh negara, destinasi domestik yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia pada suku kedua 2022 ini ialah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Petaling Jaya, Melaka dan Georgetown.

Rakyat Malaysia juga mengembara ke destinasi yang lebih dekat dengan alam semula jadi, dengan Lenggong (meningkat 679 peratus) di Perak dan Kuala Kubu Bharu (meningkat 628 peratus) di Selangor sebagai dua bandar yang tersohor kini dalam kalangan rakyat Malaysia di Airbnb.

Destinasi luar negara yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia di Airbnb pada suku kedua 2022  ialah Great Britain, Thailand, Australia, Switzerland dan Perancis.
Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj, berkata, “Apabila industri pelancongan bermula semula di seluruh dunia, kami melihat lonjakan dalam minat pengembara Malaysia untuk meneroka semula destinasi-destinasi luar negara.”

“Walaupun percutian tempatan dan tempat-tempat pelancongan popular kekal menjadi keutamaan, lonjakan pasca pandemik bagi destinasi baharu dalam kalangan pengembara Malaysia adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Keinginan yang semakin meningkat untuk mengembara di dalam dan ke luar negara adalah petanda positif berikutan pemulihan sektor pelancongan yang kian rancak.”

Untuk lebih banyak inspirasi perjalanan, kunjungi https://www.airbnb.com.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *