Christmas is around the corner! Mencari hadiah Krismas bukanlah tugas yang mudah. Ada insan yang benar-benar ‘layak dapat segalanya’ dan ada juga yang kita beli hadiah untuknya kerana memang kena beli (asal ada).

Tahun ini, IKEA memudahkan urusan dengan senarai hadiah yang menyeronokkan dan berpatutan, diinspirasikan oleh dilema klasik musim perayaan, naughty or nice.

Sama ada untuk ahli keluarga tersayang, rakan pejabat, atau sepupu yang selalu habiskan kudapan anda, ini 10 cadangan hadiah Krismas daripada IKEA yang sesuai untuk  setiap karakter.

THE NICE LIST – Untuk insan terpilih  

1. Untuk anak perempuan yang mahukan bilik baharu

KURA Katil Kanak-Kanak – RM899

Hadiah yang meraikan imaginasi dan kreativiti. Katil ikonik IKEA ini boleh selaraskan mengikut umur atau ketinggian kanak-kanak. Jadi boleh rendahkan supaya ia selamat untuk kanak-kanak kecil, atau ditukar menjadi katil loteng apabila mereka membesar. Ruang bawahnya boleh menjadi sudut membaca, tempat bermain atau ‘kingdom’ mini mereka sendiri.

2. Untuk pasangan yang asyik minta kerusi makan seragam

HÖGVER Kerusi – RM375
Bayangan atau isyarat sudah lama diberi, cuma anda yang buat-buat tak perasan. Kerusi HÖGVER tampil dengan rekaan klasik dan elegan, serta-merta menaikkan seri ruang makan. Set meja makan yang sepadan? Itulah keajaiban Krismas sebenar.

3. Untuk ibu, isteri yang tak boleh hidup tanpa sos

RÅSKOG Troli – RM179

Sambal, sos cili, kicap manis, dan ‘sos rahsia’ buatan sendiri, semuanya ada tempat khas dan tersusun rapi. Troli RÅSKOG yang kukuh dan mudah ditolak ini memudahkan ibu mengakses segala perencah kegemarannya, dari dapur ke meja makan tanpa drama.

4. Untuk anak saudara yang suka berimaginasi dan mengembara

SANDLÖPARE Kotak Simpanan – RM69

Rekaannya seperti beg pengembara kecil, sesuai untuk menyimpan ‘harta karun’, mainan dan peralatan misi rahsia. Dari safari hingga ke bulan, kotak ini menemani setiap pengembaraan imaginasi si kecil.

5. Untuk sahabat baik yang suka ruang cantik dan positif

RUDSTORP Meja Sisi – RM145

Ringkas, moden dan menyenangkan mata. Meja sisi ini bukan sahaja praktikal, tetapi turut menaikkan ‘mood’ ruang. Hadiah yang sesuai untuk rakan yang menghargai keindahan dalam perkara kecil.

THE NAUGHTY LISTUntuk mereka yang menguji kesabaran anda, tapi tetap dapat hadiah.

6. Untuk kanak-kanak yang suka ‘kung fu fighting’

KRAMIG Anak Patung Panda – RM15

Lembut, selamat dan tahan Lasak. Anak patung panda ini sedia menerima setiap sepakan dan tumbukan tanpa sebarang risiko. Hadiah jujur penuh kasih sayang. “Pukul yang ini, bukan sofa.”

7. Untuk sepupu yang suka makan atas katil

FARMARKVAST Tong Sisa – RM29

Serbuk biskut di cadar tak pernah menipu. Tong sisa kecil ini sesuai diletakkan di sisi katil untuk mengurus sisa kudapan lewat malam. Hadiah yang secara halus berkata, “Kalau nak makan juga… buanglah bukti.”

8. Untuk adik kecil yang selalu lari dari waktu mandi

SANDLÖPARE Tuala Berhud – RM60

Sebaik sahaja berjaya ditangkap, balut mereka dengan tuala bercorak cheetah ini. Lembut, selesa dan sangat comel. Senang memujuk kanak-kanak yang sedang merajuk.

9. Untuk rakan sekerja yang selalu hilangkan alat tulis

TROFAST Bekas Simpanan – RM20

Stapler, gunting dan pita pelekat selalu ‘ghaib’ apabila di tangannya. Bekas ini adalah cubaan diplomatik untuk menyelamatkan harta pejabat. “Tolong simpan barang di sini. Tolong!”

10. Untuk cucu yang suka melukis atas perabot

LÄTT Meja & Kerusi Kanak-Kanak – RM99

Akhirnya, mereka ada ruang sendiri untuk melukis dan meluahkan kreativiti tanpa mengorbankan sofa atau dinding rumah. Ringan, mudah dibersihkan dan cukup kukuh untuk setiap karya agung mini.

Sama ada naughty atau nice, setiap orang layak menerima hadiah yang praktikal, menyeronokkan dan bermakna. Untuk lebih banyak idea dan penyelesaian kelengkapan rumah, layari ikea.my.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah