Latihan intensif dan aktiviti yang berbulan-bulan telah mencapai kemuncaknya dengan acara Miss CosmoWorld 2023 International World Final yang berlangsung di St. Regis Kuala Lumpur malam tadi, menyaksikan ratu cantik dari 25 negara bersaing di pentas.

Shelby Ann Howell, berusia 23 tahun, berasal dari Amerika Syarikat (AS), dinobatkan sebagai pemenang Miss CosmoWorld 2023, dan meraih gelaran Anugerah Miss Photogenic. Anugerah naib juara pertama diberikan kepada Elda Louise Aznar dari Filipina, berusia 28 tahun, yang juga memenangi lima gelaran susidiari dan gelaran Busana Kebangsaan Terbaik, manakala naib juara kedua diberikan kepada Maryna Karpeka, berusia 26 tahun, dari Ukraine.

Walaupun tidak terpilih ke dalam senarai lima teratas, Tay Cheah dari Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong dan memenangi gelaran subsidiari Miss Talent. Acara tersebut disaksikan oleh Penasihat Kehormat Miss CosmoWorld, Tengku Hishamuddin Dato Dr. Hishammudin bin Zaizi bin Y.A.M Tengku Azman Shah Alhaj dan Dato’ Sri Chong Chin Fung. Peringkat akhir global ini menawarkan hadiah utama terbesar dalam sejarah pertandingan ratu cantik, bernilai RM1.93 juta termasuk faedah dan keistimewaan yang ditaja, serta hadiah tunai yang sangat diidamkan sebanyak USD 100,000 (kira-kira RM 470,000) oleh GetBats.

“Pengalaman saya dalam pertandingan telah memperkasakan saya, dan ini merupakan Impian saya sejak kecil lagi. Selepas kemenangan ini, saya akan tumpukan usaha dan masa saya untuk menganjurkan acara seperti ini, kuatkan lagi pengaruh media sosial saya, dan saya juga akan terus menyumbang kepada pertubuhan amal, sebagai cara saya berbakti kepada masyarakat,”

“Saya juga akan berbincang dengan Carrie untuk membawa pertandingan ini ke Amerika Syarikat kerana saya percaya ramai wanita ingin menyertai Miss CosmoWorld untuk memperkasakan diri mereka,” kata Howell ketika menjawab soalan wartawan tentang langkah beliau yang seterusnya setelah memenangi Miss CosmoWorld 2023.

Pengasas Miss CosmoWorld, Carrie Lee, berkata, “Visi kami adalah untuk memperkasakan wanita, meraikan kekuatan, kecerdasan, dan ketahanan mereka. Kami percaya kecantikan sejati terletak dalam keyakinan, watak, dan kekuatan untuk melakukan perubahan. Hari ini, kami memulakan perjalanan yang tidak hanya akan mengiktiraf seorang ratu tetapi menginspirasi dan mengangkat wanita dari segala penjuru dunia. Kami komited untuk menanam bakat, kecerdasan, dan sifat kepimpinan para ratu cantik yang terlibat.”

Edisi ketujuh Miss CosmoWorld International World Final dianjurkan setelah ratu cantik dari negara seperti Kanada, Korea Selatan, Kazakhstan, Australia, Afrika Selatan, Rwanda, Amerika Syarikat (AS), dan lain-lain melalui program yang padat dengan aktiviti yang direka khas untuk merangsang semangat persaingan di kalangan peserta.

Para peserta dibawa ke Melaka untuk aktiviti akhir sebagai sebahagian daripada aktiviti tiga hari yang merangkumi persembahan bakat, memetik buah dan bunga, dan beberapa aktiviti lain lagi. Enam bakat terbaik kemudian dipilih untuk beraksi di peringkat akhir. Seiring dengan persiapan untuk gaya hidup lebih sihat, lawatan itu juga melibatkan sesi pengukuhan pasukan yang dikendalikan oleh EbakzSports, melatih ratu cantik untuk menguatkan bukan sahaja minda mereka tetapi juga semangat dan keazaman mereka. Lawatan ini bukan sahaja untuk manfaat para peserta tetapi juga untuk mempamerkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang sempurna. Tapak warisan, kawasan makanan tempatan dan mercu tanda bersejarah adalah sebahagian daripada lawatan semasa mereka berada di Melaka.

Miss CosmoWorld 2023 dianjurkan oleh CL Skin Beauty Sdn. Bhd, dengan Getbats sebagai penaja hadiah wang tunai, First Pavilion Global Berhad (FPG Berhad), dan propBUDDIES.com sebagai penaja utama. MeLife menjadi rakan kongsi sebagai Penaja Platinum Grand Final Malaysia dan Hyatt Place Kuala Lumpur berperanan sebagai Penaja Penginapan. Gelaran khas termasuk Miss Healthy (dipersembahkan oleh Gintell); Miss Glamorous (dipersembahkan oleh Prife International); Miss Photogenic (dipersembahkan oleh MeLife); Miss Personality (dipersembahkan oleh FPG Berhad); Miss Talent (dipersembahkan oleh Dato’ Jimmy Poh); Miss Congeniality (dipersembahkan oleh Hyatt Place Kuala Lumpur); Miss Courage (dipersembahkan oleh CL Skin Beauty Sdn. Bhd); Best Creativity (dipersembahkan oleh Prop Buddies), dan Miss Popularity (dipersembahkan oleh Koleksi Carrie).

Semua Penaja Termasuk:

FPG BerhadLBS Group of CompaniesMedcytoMeliora StoriaEazie BeautyGetbatsMeLifeProp BuddiesHyatt Place Kuala LumpurEazie BeautyCL Skin Sdn. BhdRainb RagazzoCarrie CollectionsBellissimoParty EventliciousGelly WeeSmart MasterBadDogz StudioMACGintellOnpointEbakzSportsGlobal Creative Media Agency (GCMA) Rentak SejutaSelebriti OnlineLike MediaK. HarrodsonPrife InternationalNice CarIPSMomotalo
Senarai Gelaran 5 Teratas:
NameCountry
Elda Louise AznarPhilippines
Maria Gianna MargaritaCanada
Sandra BorisLithuania
Maryna KarpekaUkraine
Shelby Ann HowellUnited States of America (USA)
Gelaran Subsidiari
TitleName & CountryPresented By:
Miss PopularityElda Louise Aznar – PhilippinesCarrie Collections
Miss HealthyElda Louise Aznar – PhilippinesGintell
Miss GlamorousElda Louise Aznar – PhilippinesPrife International Sdn. Bhd
Miss PhotogenicShelby Ann Howell – United States of America (USA)MeLife
Miss PersonalityElda Louise Aznar – PhilippinesFPG Berhad
Miss TalentTay Cheah Ying Ying – MalaysiaDato’ Jimmy
Miss CongenialityKim Dahye – KoreaHyatt Place Kuala Lumpur
Miss CourageousLinda Loya Angelei – KenyaCL Skin Sdn. Bhd.
Best CreativityPaulina Starosielec – PolandProp Buddies
Best National CostumeElda Louise Aznar – Philippines

Untuk maklumat lanjut mengenai Miss CosmoWorld 2023, sila layari : www.misscosmoworld.comhttps://www.facebook.com/MissCosmoWorld/  atau https://www.instagram.com/misscosmoworld/?hl=en

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah