Australia sememangnya termasuk negara empat musim terdekat dengan Malaysia dan bandar raya Perth pula terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan kesukaan warga Malaysia yang berkunjung ke Australia.

Selain jaraknya yang tidak terlalu jauh berbanding negara-negara di Eropah dan kosnya yang tidak terlalu mahal, ia juga kerap menjadi tumpuan berkat ajnas pilihan penginapannya yang praktikal.

Tidak dapat dinafikan ada ratusan penginapan di bandar raya Perth namun ada yang lebih menarik berbanding yang lain. Terletak di kawasan tepi pantai di daerah Scarborough, Rendezvous Hotel Perth Scarborough merupakan sebuah penginapan berjenama antarabangsa dan terkenal dengan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Berpayungkan jenama hotel Rendezvous, hotel ini mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Apatah lagi, jenama ini memang salah satu jenama penginapan antarabangsa yang sangat popular di rantau ini, termasuk Australia.

Terletak di kawasan pantai Scarborough, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Sungguhpun di tepi pantai, ia tersergam di kawasan yang dipenuhi penginapan berprestij serta pusat perniagaan komersial, selain tidak jauh dari beberapa daerah popular kota Perth.

Jarak dari lapangan terbang ke penginapan ini juga tidak terlalu jauh. Jangka masa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth ke hotel ini juga hanya sekitar 30 minit.

Malah, hotel ini juga berdekatan dengan laluan ke Pelabuhan Bot Hillary, Pulau Rottnest dan Lembah Swan.

Berbekalkan aneka bilik hotel yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan penginapan dengan ruang yang luas. Malah, setiap bilik mempunyai balkoni yang menawarkan pemandangan tepi pantai yang sangat cantik.

Lebih istimewa, hotel ini mendapat pemandangan matahari terbenam yang sangat menakjubkan di waktu petang. Ia juga berdekatan banyak tempat makan termasuk beberapa tempat makan yang halal.

Tersedia sejumlah 337 pilihan bilik serta suite di hotel ini yang menjadikannya sesuai buat penginapan seisi keluarga ataupun kumpulan-kumpulan yang besar.

Ia juga dilengkapi dengan sebuah restoran bernama Straits Cafe untuk tujuan sarapan serta makan tengah hari dan malam yang lazat. Terdapat banyak pilihan makanan berasaskan sayuran dan ikan buat mereka yang tidak memakan daging dan seumpamanya. Ia juga mempunyai pemandangan tepi laut yang indah.

Tidak ketinggalan, penginapan ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.

Buat yang menyewa kereta, tempat letak kereta khas juga ada tersedia di hotel ini.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa, Rendezvous Hotel Perth Scarborough wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemudahan dan berlokasi strategik.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang mereka di Rendezvous Hotel Perth Scarborough .

Sambungan internet Travellah sepanjang berada di Australia telah dikuasakan oleh Samurai WiFi yang memberi perkhidmatan lancar tanpa gangguan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Samurai WiFi.

  • Gambar utama oleh Ashraf Shamshiri

Share:
, , , , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah