Terletak hanya Hanya 30 minit dari Sepang, Le Méridien Putrajaya adalah antara penginapan mewah dan mempunyai akses terus ke pusat membeli belah terbesar di Asia Tenggara, IOI City Mall Putrajaya menawarkan pelbagai pilihan restoren yang menyajikan citarasa tempatan dan serantau. Tidak ketinggalan, butik-butik berjenama yang sesuai untuk setiap pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur.

Le Méridien Putrajaya menawarkan pelbagai jenis penginapan. Daripada yang biasa sehinggalah suite mewah yang elegan di mana tetamu boleh berehat sepenuhnya selepas menikmati momen indah seharian di Litar Formula 1 Sepang.

Selain membeli belah di IOI City Mall, tetamu juga boleh berehat santai di kolam renang yang terletak di tingkat 3 hotel berkenaan.
Le Meridien Putrajaya juga menawarkan dua restoren iaitu Latest Recipe dan Le Mer. Latest Recipe adalah restoren ‘all day dining’ untuk tetamu menjamu selera dari pagi membawa ke malam. Sarapan pagi dan makan malam disediakan secara bufet untuk pengalaman kulinari yang memuaskan. Antaranya menu yang tersedia ialah masakan Cina, India, Melayu serta Jepun. Tidak ketinggalan, hidangan makanan laut dan daging bakar.





Le Mer pula menawarkan masakan tradisional Cina. Di lokasi selera ini tetamu boleh memesan pelbagai jenis hidangan berasaskan makanan laut, daging serta ayam bakar. Satu perkara yang anda mesti tahu ialah, dapur masakan di Le Meridien Putrajaya diiktiraf HALAL oleh pihak JAKIM.


Untuk rehat lewat petang pula, Latitude 02 menawarkan suasana santai dan elegan. Sama ada bersama teman-teman atau keluarga, anda boleh memesan pelbagai jenis minuman penghilang dahaga.

Selain itu, Marriott Bonvoy sekali lagi membawakan Brew with Benefits, di mana untuk edisi 2026 ini membolehkan setiap ahli Marriott Bonvoy yang memesan kopi atau teh diberikan cokelat Patchi secara percuma, selain dapat mengumpul mata ganjaran.
Untuk ahli baru pula, mereka juga dapat menikmai diskaun sebanyak 10% untuk pembelian cokelat Patchi.
Tiada hujung minggu perlumbaan yang lengkap tanpa sedikit terapi membeli-belah. Sebagai antara destinasi beli-belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall menghimpunkan ratusan jenama tempatan dan antarabangsa, selain pilihan restoran, kafe serta hiburan untuk melengkapkan hari.

Lokasinya yang mudah diakses dari Le Méridien Putrajaya dan Moxy Putrajaya, serta hanya beberapa minit dari Palm Garden Hotel, menjadikannya persinggahan yang praktikal sebelum meneruskan perjalanan pulang.
Sama ada datang untuk merasai debaran Formula 1 atau memilih untuk melanjutkan penginapan menjadi percutian hujung minggu, Putrajaya menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman di litar.
Dengan pilihan penginapan yang menarik, sajian yang berbaloi diterokai, pengalaman sosial yang meriah serta destinasi beli-belah utama Malaysia , Putrajaya punya segalanya. Bermalam di sini menjadikan hari perlumbaan sebagai hujung minggu yang tidak dapat dilupakan.

