Syawal adalah bulan untuk meraikan kemenangan dan mengeratkan silaturrahim. Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai di antara kita yang gemar merancang acara perjumpaan keluarga mahupun dengan kenalan rapat bagi mencipta memori di kemudian hari.
Bagi yang masih mencari-cari penginapan untuk acara perjumpaan yang sedang dirancang, boleh semak senarai penginapan daripada Airbnb berikut untuk dijadikan pilihan.
Nikmatilah musim perayaan ini bersama insan-insan tersayang dalam keselesaan dan gaya. Penginapan Airbnb yang unik ini direka untuk sambutan Raya yang tidak dapat dilupakan, dari rumah yang mengingatkan anda kepada kampung halaman hinggalah ke tempat istirehat yang tenang untuk perayaan yang lebih kecil dan penuh kegembiraan.
Menggamit memori keindahan beraya di desa
Bayangkan deretan kasut di depan pintu, haruman rendang yang sedang mendidih di atas dapur kayu, dan gelak tawa kanak-kanak yang bermain air. Jika sambutan Raya anda bermakna meraikan bersama keluarga besar, rumah warisan Airbnb yang luas ini adalah untuk anda!
Terletak di sebuah ladang seluas lima ekar di Perak, Rumah Lenggong menggabungkan kesederhanaan kampung dengan keselesaan moden. Rumah tradisional bertiang tinggi ini hadir dengan pengudaraan semulajadi, mengundang nostalgia pagi Raya yang nyaman tetapi meriah.


Kembalilah ke masa lalu di Rumah Lawan Kuda. Jelajahi ladang durian, segarkan diri dengan berenang di sungai berhampiran, dan nikmati hidangan Hari Raya di bawah sinaran cahaya bintang bersama keluarga sambil mengagumi keindahan seni bina yang indah.

Raikan dengan keluarga kecil dengan lebih akrab
Jika anda bukan datang daripada keluarga yang besar, pasti lain caranya meraikan Syawal. Mungkin ada yang berniat untuk membawa keluarga untuk meraikan Hari Raya dengan acara makan-makan yang sederhana atau hanya meluangkan masa dengan berbual-bual mesra.
Untuk keluarga kecil atau rakan-rakan yang mencari tempat berehat yang tenang, penginapan di Langkawi ini adalah ideal untuk pertemuan intim.
Bermula dengan Ulu Villa, sebuah rumah A-frame yang unik, dikelilingi kehijauan yang subur, di mana estetika rustik dan industri bertemu. Bersantai di dek kayu sambil menikmati kuih raya kegemaran atau nikmati detik-detik indah di kolam renang peribadi ketika matahari melabuhkan tirai.



Bagi mereka yang merindui sentuhan tradisi, Rumah Uda menawarkan hospitaliti Melayu yang autentik dengan pemandangan memukau Gunung Raya dan sawah padi yang subur.
Terletak di sebuah kampung yang tenang, tempat peristirahatan yang memikat ini membolehkan anda merayakan Raya di tengah alam semula jadi, budaya, sambil menikmati detik-detik sunyi bersama orang tersayang.

Beraya di tepian Sungai
Raikan raya kali ini dengan dikelilingi alam semula jadi di Villa Ijo. Terletak di perbukitan Batang Kali yang tenang, anda boleh memasak sambil menikmati pemandangan sungai, bersantai di taman, dan jelajahi laluan hutan.

Semuanya sambil diiringi kicauan burung dan bunyi air mengalir. Pusat peranginan Genting Highland hanya beberapa minit sahaja pemanduan dari vila ini.
* Semua rumah ini adalah dicadangkan oleh Airbnb untuk untuk memberi inspirasi dan gambaran sahaja. Airbnb bagaimanapun tidak mengesyorkan atau menyokong senarai rumah tertentu di platform Airbnb.