ANTA, jenama sukan terkemuka dunia kini meneruskan dedikasi mereka dengan pembukaan ANTA Basketball di Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid. Jenama global yang penuh komitmen terhadap innovasi dan kecemerlangan, berusaha untuk memperkasakan atlit dan peminat sukan di seluruh dunia untuk mencapai potensi penuh mereka. Misi ANTA adalah untuk memberi inspirasi kepada gaya hidup aktif menerusi pakaian, kasut dan aksesori berkualiti tinggi mereka.
Bukan hanya sekadar kedai sukan, ANTA Basketball adalah hasil gabungan minat pada sukan bola keranjang dan juga reka bentuk yang inovatif yang bertujuan untuk mewujudkan pengalaman yang menakjubkan untuk peminat sukan bola keranjang. Peminat bola keranjang pastinya menantikan pelbagai jenis kasut dan peralatan berprestasi tinggi termasuk lah koleksi ANTA x KYRIE IRVING atau ANTA KAI TRIBE
ANTA X KYRIE IRVING
Koleksi eklusif ANTA x Kyrie Irving, terdiri daripada kasut dengan teknologi terkini dan pakaian yang terbaru, menjanjikan satu keselesaan terbaik untuk pakaian sukan. Kyrie visi dan gaya pastinya memberikan nafas baru serta bersesuaian dengan inovasi ANTA.
ANTA KAI TRIBE
Rekaan pada KAI TRIBE adalah bersesuai dengan minat Kyrie pada gaya yang terperinci dan sesuai sepanjang zaman. Faktor pengaliran udara yang bagus pada tapal dalaman serta ringan, koleksi kasut ini juga mampu menarik minat pemakai. Logo “Kai Shield” digabungkan sebaiknya agar koleksi kasut ini boleh dipakai di dalam dan luar gelanggang. Nama “TRIBE” bersesuaian dengan cintanya Kyrie pada asal usulnya dan kecintaan pada masyarakat.
Kasut ANTA KAI TRIBE ini dijual dengan harga RM369 dan boleh didapati di semua kedai ANTA diseluruh negara.