Farm Fresh memperkenalkan edisi terbaharu Siri Mum2Mum Hi-Tea mereka, yang kini dijadualkan secara dwi-bulanan sambil memberi peluang kepada para ibu untuk berkenalan dan bertukar-tukar pandangan tentang penjagaan anak-anak.

Selepas beberapa edisi yang dijalankan dengan jaya, Farm Fresh meneruskan siri Hi-Tea Mum2Mum yang dinanti-nantikan sebagai satu platform berterusan buat para ibu untuk menikmati keindahan pengalaman sebagai ibu. Tepat selepas perayaan Hari Ibu baru-baru ini, sesi yang dirancang dengan teliti ini memberi peluang kepada para ibu yang mengambil bahagian untuk berkenalan, beramah-mesra dan berkongsi pengalaman mereka dari ‘ibu kepada ibu’ atau ‘Mum2Mum’.

Penyanyi nombor satu Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga duta jenama dan ibu kepada Siti Aafiyah Khalid serta Muhammad Afwa Khalid, turut sama hadir menyerikan majlis. Seperti semua ibu, Dato’ Sri Siti gembira diberi peluang untuk berinteraksi dengan ibu-ibu lain dan bercakap tentang kegiatan harian serta cabaran mereka.

Ini merupakan satu penghargaan untuk dapat bersama-sama berkumpul dengan ibu-ibu, berkongsi pandangan dalam usaha untuk sentiasa memberi yang terbaik untuk keluarga masing-masing. Peluang untuk memberi inspirasi dan menaikkan semangat sesama ibu adalah satu penghormatan untuk saya, dan saya turut senang hati dapat menyokong usaha ini. Sebagai seorang ibu, saya menghargai peluang untuk berkongsi masa bersama rakan-rakan sekalian, dan saya yakin, program ini sedikit sebanyak akan membantu kita semua,” kongsi Siti mengenai acara itu.

Keputusan Farm Fresh untuk mengatur siri penting ini buat ibu-ibu kanak-kanak kecil, adalah bersempena dengan pelancaran susu tepung rumusan kanak-kanak Farm Fresh Grow baru-baru ini.

Susu formula kami memainkan peranan penting dalam perjalanan tumbesaran kanak-kanak. Farm Fresh sangat mementingkan peranan ibu dalam membawa nilai yang sangat besar dalam hal kesihatan anak dan keluarga mereka. Tiada cara yang lebih baik selain menyatukan para ibu bersama-sama dalam suasana yang intim untuk terus melibatkan diri, mendidik, memberi sokongan dan meraikan perjalanan sebagai seorang ibu,” jelas Encik Loi Tuan Ee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Farm Fresh.

Sebagai sebahagian daripada acara itu, perbincangan panel turut diadakan  dengan menampilkan ahli panel terkenal termasuk Encik Cheah Tien Keat, pakar Probiotik BB-12(R) di dalam bidang Biosolutions Kesihatan Manusia di Novonesis, Cik Natalie Loo, pakar pemakanan holistik yang dihormati, dan Duta Jenama Farm Fresh Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Perbincangan ini bertujuan untuk mendalami topik-topik mengenai pemakanan kanak-kanak, tumbesaran dan pengalaman seorang ibu.

 “Sebagai jenama tenusu semula jadi no.1 di Malaysia, usaha untuk menyediakan pemakanan berkualiti demi semua rakyat Malaysia, BB-12(R)  adalah pilihan yang jelas untuk Farm Fresh. BB-12® ialah Bifidobacterium yang paling didokumentasikan di dunia dan disokong oleh lebih 200 kajian klinikal serta 500 penerbitan yang telah meningkatkan kesihatan usus secara semula jadi untuk semua peringkat umur di seluruh dunia sejak 1986,” kongsi Cheah Tien Keat .

Dari sini, Farm Fresh secara rasmi melancarkan siri Hi-Tea Mum2Mum mereka, sambil memperkenalkan kelainan inovatif buat perjumpaan penuh bermakna ini. Encik Loi Tuan Ee bersama duta jenama Mum2Mum Hi-Tea, Dato Sri Siti Nurhaliza telah merasmikan majlis dengan upacara menanam, dan kemudian Encik Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad telah menyiram menggunakan teko jamuan mereka. Tindakan simbolik ini, merangkumi nilai pertumbuhan, keharmonian, dan kesihatan, yang berfungsi sebagai simbolik tentang kesalinghubungan keibuan. Para ibu boleh beramah-mesra dan memupuk semangat komuniti serta bertukar-tukar pandangan yang tidak ternilai, selain memperkayakan perjalanan peribadi mereka dan nilai-nilai kolektif keibuan.

Selepas majlis pelancaran ringkas tetapi simbolik tersebut, para hadirin telah beralih ke ruang yang lebih peribadi untuk program “Mum2Mum” yang berlangsung selama dua jam itu. Di sini, di tengah-tengah hidangan jamuan yang menarik, suasana dipenuhi dengan debaran berselang kemesraan. Inisiatif ini menggariskan komitmen mereka untuk memperkasakan pilihan pengguna yang lebih cakna dengan menyediakan pandangan menyeluruh melalui perkongsian pengetahuan produk dan bengkel label ramuan semasa sesi berlangsung. Aktiviti dan perbincangan yang menarik turut menyerlahkan kesatuan, memupuk hubungan mendalam melalui perkongsian  petua dan cerita daripada para ibu, di samping memupuk semangat kekitaan. Majlis itu diserikan juga oleh ahli media serta beberapa Pemimpin Pendapat Utama (KOL) terpilih seperti Julia Ziegler, Dynas Mokhtar, Serena C, dan Sasha Aziz, yang juga termasuk dalam kalangan tokoh-tokoh ibu.

Jemputan ini adalah percuma kepada semua ibu mengandung atau ibu berpengalaman sahaja, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil di bawah umur 6 tahun. Disebabkan konsep yang agak intim siri ini, ruang adalah terhad bagi setiap sesi yang tersedia atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’. Daftar sekarang untuk menyertai komuniti kami, sila layari: https://www.farmfresh.com.my/mum2mum/ atau DM pasukan Farm Fresh  di laman sosial mereka: FB (@Farm Fresh Milk Malaysia) atau IG (@farmfreshmilkmalaysia) untuk maklumat lanjut.

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah