Alamilah finale Raya yang paling luar biasa! Airbnb teruja untuk menjemput anda ke Rumah TerbukaRiangnya Raya Bersama Airbnb’tahunannya, yang menampilkan pelakon lelaki popular, Meerqeen!

Merqeen yang kini bergelar Hos Airbnb, mengalu-alukan tetamu mahupun peminatnya untuk mengikuti percutian Raya yang istimewa di penginapan Airbnb kegemarannya, Lereng tanah yang mesra keluarga.

Bakal berlangsung di Hulu Langat pada 11 hingga 13 Mei 2024, penginapan dua malam yang istimewa itu ditawarkan pada hanya RM100 (harga adalah sebelum yuran tambahan dan cukai dan penginapan dua malam ini bukan satu pertandingan) dan boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu. 

Pertemuan dengan Meerqeen ini pastinya merupakan cara istimewa untuk menutup sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Para tetamu berpeluang beramah mesra dengan artis popular itu sambil menyediakan juadah raya yang lazat bersamanya.

Malah, mereka juga berpeluang menikmati persembahan muzik istimewa oleh Meerqeen, dikelilingi kehijauan hutan tropika Hulu Langat yang memukau.

Meerqeen yang punya pesona di dalam dan luar skrin ini akan mengalu-alukan anda secara peribadi bersama Superhos Airbnb tempatan, Ayu.

“Hari Raya Aidilfitri mempunyai tempat yang istimewa di hati saya. Ia merupakan masa kegemaran saya, yang mana semua ahli keluarga dan rakan-rakan saya akan berkumpul untuk bersama-sama menikmati makanan yang lazat dan suasana perayaan.”

Semua ini adalah tentang semangat kebersamaan, jadi saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Airbnb untuk membawa keriangan dan kemesraan ini kepada rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita dapat melabuhkan tirai sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh makna,” kongsi Meerqeen.

Lereng Tanah merupakan sebuah vila yang luas. Ia dikelilingi kehijauan yang indah dan terletak kurang dari satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur.

Ia terletak di atas bukit yang nyaman dan menawarkan lapan bilik tidur yang selesa serta satu kawasan umum yang luas untuk berkumpul dengan insan-insan tersayang, menjadikannya tempat ideal untuk berehat bersama rakan dan keluarga.

Ruang tamu utamanya mempunyai tingkap kaca dua tingkat yang menghadap sebuah patio yang indah, dapur terbuka yang serba lengkap, kawasan BBQ terbuka dan lubang bakar yang ideal untuk berborak-borak di bawah sinaran bintang.

“Hari Raya Aidilfitri merupakan masa yang sangat istimewa yang menyatukan keluarga dan rakan-rakan. Kami faham kepentingan adanya satu ruang yang indah untuk menyambut insan-insan tersayang sempena musim perayaan ini, dan kami sangat teruja untuk menjemput Meerqeen sebagai Hos bersama kami pada Aidilfitri ini,” ujar Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj. 

Jika anda salah seorang yang berminat dengan peluang ini, tandakan kalendar kerana tempahan untuk airbnb.com/rayawithmeerqeen akan dibuka pada hari Rabu, 1 Mei, jam 9:00 pagi. Siapa cepat dia dapat!

**Airbnb menggalakkan penginapan yang selamat dan bertanggungjawab. Tetamu yang ingin membuat tempahan harus ambil perhatian bahawa mereka mesti mematuhi Peraturan Rumah yang disenaraikan.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah