Berdiri megah di bandar raya Jakarta, ibu negara Indonesia, hotel Mercure Jakarta Gatot Subroto adalah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu hotel terbaik di kota tersebut, hotel ini mampu membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama Mercure memang salah satu jenama hotel antarabangsa yang sangat popular di bawah payung jenama hotel-hotel Accor.

Terletak di kawasan Jakarta Selatan di Jalan Gatot Suboroto, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan pusat perniagaan serta komersial, ia juga mudah dijangkau berkat aneka pengangkutan awam yang ada di kota ini.

Jangka masa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta tidak sampai 40 minit dengan menaiki kereta yang menjadi lapangan terbang utama ke kota ini. (stesen LRT Pancoran juga tidak terlalu jauh dari hotel ini)

Hotel ini juga mudah diingati kerana senibina bangunannya yang gah dan cantik selain kedudukan di pusat kota. Pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan seni rekanya yang unik.

Berbekalkan bilik-bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas.

Dilengkapi dengan sebuah restoran bernama Flora yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat, hotel ini juga menampilkan The Wayang Cafe buat para tamu yang ingin menikmati minuman panas dan sajian ringan.

Semestinya, hotel ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga majlis seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Buat yang suka memanjakan diri, singgah ke spa mereka untuk pelbagai rawatan urutan termasuk yang menenangkan.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa hotel ini wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu besar.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Mercure Jakarta Gatot Subroto

Untuk mencari arah sepanjang berada di Indonesia, anda sudah tentu memerlukan sambungan internet wi-fi yang baik. Untuk itu kami syorkan peranti Roaming Man. Alat ini mampu menyediakan sambungan wi-fi yang cepat dan lancar. Pengunaannya juga sangat mudah, anda hanya perlu menyalakan peranti Roaming Man dan masukkan nama wi-fi pada telefon bimbit anda. Sesudah itu masukkan kata laluan yang tertera pada alat tersebut di dalam telefon bimbit anda. Mudah sahaja. Lebih menarik lagi, satu peranti boleh dikongsikan dengan lima alat atau telefon bimbit yang lain jadi jika anda bercuti beramai-ramai alat ini sangat sesuai dan menjimatkan. Tunggu apa lagi? Cubalah sekarang.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah