Pencipta konsep dan permainan Bomb Battle, Mission Group Ltd, mengumumkan pelancaran cawangan andalan barunya, Bomb Battle Elite di Petaling Jaya. Merangkumi lebih daripada 6,800 kaki persegi, lebih kurang enam kali ganda saiz lokasi pertama mereka, cawangan andalan baru ini akan menampilkan empat pengalaman permainan baru, iaitu Misi Bom Cat, Misi Bom Serbuk, Arena Lawan dan Lava Terhebat.

Selepas pengenalan yang berjaya pada tahun 2023, Bomb Battle kembali dengan Bomb Battle Elite. Ia merupakan satu pengalaman yang ditingkatkan dengan kapasiti yang besar sehingga 500 orang pada satu masa, sedia untuk menjadi pilihan utama untuk lawatan berkumpulan. Misi bom cat yang mendapat penarafan 5 bintang kini menawarkan empat pengalaman permainan yang menampilkan teknologi terkini, termasuk integrasi Internet of Things (IoT) yang dimantapkan, projection mapping yang lebih baik, 2 misi baru yang mengujakan dengan 10 perlawanan yang mencabarkan dan 2 permainan interaktif yang menampilkan 50 mod terbahagi dalam tiga tahap kesukaran.
Datin Sheehan Tee, pengasas konsep Bomb Battle berkata, “Kami berasa teruja untuk kembali, dan lebih teruja lagi untuk melancarkan Bomb Battle Elite yang lebih besar dan lebih baik hari ini. Kumpulan kami di Mission Group Pte Ltd telah bertungkus lumus untuk membawa pengalaman permainan imersif ke puncak baru bagi para peminat keseronokan di Malaysia. Dengan ruangan yang lebih besar dan empat pengalaman permainan baru yang mengujakan yang dilengkapi dengan teknologi yang canggih, kami yakin bahawa tarikan ini akan mengubah definisi lawatan keluarga dan berkumpulan kepada satu tahap yang baru. Kami tidak sabar untuk menyaksikan bagaimana pengalaman yang ditingkatkan ini dapat menawan hati para pelanggan kami dan menjadi salah satu aktiviti pilihan bagi rakyat Malaysia, seterusnya menyatukan mereka untuk detik-detik yang tidak dapat dilupakan.”

Di samping itu, syarikat tersebut telah berganding tangan dengan Klook Malaysia sebagai agen pelancongan dalam talian eksklusif. Sebagai cawangan eksklusif Klook, pengunjung boleh membeli tiket untuk Bomb Battle Elite secara eksklusif dengan mudah, melalui platform perkhidmatan pengalaman dan pelancongan tersebut, yang menambah baik aksesibiliti pemgembaraan tempatan mereka hanya dengan satu klik.

“Kerjasama eksklusif Klook bersama Bomb Battle menegaskan komitmen kami, bukan hanya untuk memudahkan pengalaman perjalanan, tetapi juga mencipta detik kegembiraan bagi pelanggan kami. Kemantapan platform kami dalam memperluaskan lingkungan pelancongan, serta merangka pemgembaraan tempatan menjadikan pengalaman yang unik dan mengujakan lebih mudah diakses dan dinikmati oleh semua,” kata Sarah Wan, Pengurus Besar Klook untuk Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Demi meningkatkan pengalaman pemain ke tahap seterusnya, Bomb Battle Elite sekali lagi bekerjasama dengan GoPro sebagai Camera of Fun rasmi. Ia memastikan penangkapan setiap detik permainan dengan lancar. Tambahan pula, BOOM+ dari Hausboom turut menyertai Bomb Battle Elite sebagai rakan minuman rasmi, meningkatkan pengalaman pengunjung ketika menerokai Bomb Battle Elite yang baru.



Tingkatkan keseronokan dengan pengembaraan baru di Bomb Battle Elite
Dengan cawangan andalan yang baru, pemain boleh menantikan Misi Bom Cat klasik serta permainan baru yang berikutnya:
- Misi Bom Cat: Alami permainan Bom Cat yang ikonik pada harga RM99 semasa waktu Off-Peak dan RM109 semasa waktu Peak. Sertai dalam 5 pertempuran yang mengujakan yang mencabar kemahiran dan kerjasama anda dikelilingi oleh teknologi terkini seperti IoT dan projection mapping. Menang atau hadapi akibat dibom, semuanya sambil tercelup dalam pancaran warna cat efek Neon FX yang mencolok!
- Misi Bom Serbuk: Para peserta boleh menjangka sesi yang mengujakan selama 75 minit penuh dengan cabaran fizikal ketika mereka memulakan pengalaman Bom Serbuk. Harga berbeza dengan kadar waktu Off-Peak pada RM119 dan kadar waktu Peak pada RM129 dengan tampilan lima pertempuran baharu yang direka untuk menguji batasan mereka dan memberikan keterujaan epik.
- Lava Terhebat: Mengambil inspirasi dari permainan kanak-kanak ‘The Floor Is Lava,’ Lava Terhebat memberikan satu perjalanan nostalgik melintasi 500 jubin lava. Pemain harus mengemudi kawasan tersebut dengan mahir dan mengelak daripada bahaya leburan sambil mengumpulkan mata. Nikmati rekreasi nostalgik ini dengan harga tetap RM40 dengan lebih daripada 50 mod dan tiga tahap kesukaran. Rekreasi yang ditingkatkan ini menjanjikan cabaran yang menarik dan bervariasi.
- Arena Lawan: Arena Lawan membolehkan kumpulan rakan berlawan secara langsung dalam satu pertandingan mesra. Dengan kadar tetap RM40, kumpulkan pasukan sebanyak 4 hingga 20 pemain dan sertai perlawanan selama 60 minit. Arena Lawan menampilkan pelbagai pertandingan gaya arena untuk menentukan pemenang terakhir.