Terokai keunikan tanah air bersama Airbnb Hari Malaysia ini. Bersempena dengan Hari Malaysia ke-60, Airbnb menawarkan rakyat Malaysia kesempatan untuk menikmati Penginapan Airbnb yang unik di seluruh negara pada harga RM60 sahaja!
Dari pantai berpasir di Kelantan hinggalah Tapak Warisan Dunia di Melaka, berikut adalah koleksi rumah percutian yang meraikan beberapa destinasi yang terindah di Malaysia. Semua penginapan Airbnb ini tersedia pada harga RM60 sahaja 1 untuk penginapan satu malam pada 16 September dan boleh ditempah mulai hari ini – siapa cepat dia dapat!
● Three Bedroom Sera Villa, Pahang
● STAY @ Marina Island Pangkor Lumut, Perak
● Serene Willow Beach, Kelantan
● Teratak Sekuchi, Terengganu
● Kampung House Berhampiran Rumah Teh, ATV & Ladang Teh, Cameron Highlands
● Rimba Jonker Dengan Kolam Renang Peribadi, Melaka
“Hari Malaysia merupakan peluang untuk berkumpul bersama orang tersayang bagi bersama-sama meraikan negara tercinta. Tahun ini, kami sekali lagi bekerjasama dengan komuniti Hos Airbnb untuk menjadikan sambutan anda lebih istimewa. Dengan tawaran penginapan RM60* ini, kami berharap dapat menggalakkan semua orang untuk meneroka semula keunikan Malaysia, dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan.
Sebuah Oasis Minimalis



Sera Villa yang terletak hanya beberapa minit dari pantai Teluk Chempedak yang terkenal, menyatukan keselesaan moden dan reka bentuk minimalis dengan kedamaian kehidupan di tepi pantai. Dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang selesa dan satu dapur, rumah ini sesuai untuk percutian berkumpulan bersama keluarga atau rakan tersayang.
*Tidak termasuk cukai dan yuran pembersihan.
Permata Tersembunyi yang Indah Permai


Nikmati percutian yang tenang dan jauh dari kesibukan kehidupan seharian, di STAY @ Marina Island Pangkor Lumut yang indah. Terletak berhampiran dengan Marina Island Resort, tetamu boleh menikmati pelbagai sukan air, hidangan lazat, dan sinar matahari tropika. Terokai Pulau Pangkor atau pelbagai juadah tempatan di bandar Sitiawan dan Lumut, dan jadikan percutian anda satu pengalaman gastronomi yang menyeronokkan.
Syurga Dunia



Inginkan percutian hujung minggu yang menenangkan? Willow Beach House yang terletak di pantai berpasir Bachok, menawarkan secebis syurga untuk para pengembara. Rumah tepi pantai yang unik ini mempunyai pelan lantai terbuka dengan tingkap yang luas, bagi menikmati angin laut dan pemandangannya yang menawan.
Kehidupan Tepi Pantai yang Sempurna



Terletak di perkampungan nelayan di Terengganu, Teratak Sekuchi menawarkan kehidupan tepi pantai yang tiada bandingannya. Dengan estetik vintaj dan hiasan dalaman berunsurkan kayu, rumah kampung yang selesa ini ideal untuk percutian hujung minggu. Berjalan-jalan di sepanjang pantai atau baca buku di patio sambil menikmati keindahan pemandangan laut.
Liburan yang Menyegarkan



Alami percutian yang indah dan damai di Kampung House, Cameron Highlands. Rumah yang menawan ini terletak di perkampungan Kuala Terla, dikelilingi kehijauan dan bukit-bukau. Mulakan hari anda dengan kicauan burung dan menghirup udara gunung yang segar dari balkoni anda. Terokailah denai-denai yang merentasi hutan dan ladang teh berteres. Ladang Teh Cameron Valley, Denai Teh (Tea Trail) dan Rumah Teh No. 3 (Tea House No.3) cuma beberapa minit jauhnya.
Tidak Lapuk Dek Zaman



Rimba Jonker terletak di Jalan Jonker, Melaka yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Penginapan unik ini menyatukan intipati tradisi dengan sentuhan kemodenan. Para tetamu dijemput untuk berehat di rumah kedai mewah yang bersejarah ini, di mana halaman yang dihiasi tumbuh-tumbuhan dan satu kolam peribadi memberikan suasana ideal untuk bersantai. Bayangkan satu percutian indah bersama keluarga dan kawan karib yang penuh gelak tawa.
Untuk meneroka lebih banyak Penginapan yang menakjubkan, layari airbnb.com atau muat turun aplikasi Airbnb hari ini.