Tersergam indah di kota persisiran pantai Nha Trang di Vietnam, hotel Novotel Nha Trang adalah sebuah hotel mewah bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu hotel terbaik di kota tersebut, Novotel Nha Trang mampu membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama Novotel merupakan salah satu jenama hotel yang sangat popular di bawah kumpulan hotel Accor.
Terletak di tengah pusat kota Nha Trang dan berhadapan pantai utama, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan pusat perniagaan serta komersial, ia juga mudah dijangkau berkat aneka pengangkutan awam yang ada di kota ini.
Jangka masa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh ke hotel ini memakan masa sekitar 40 minit dengan menaiki kereta.
Novotel Nha Trang juga mudah diingati kerana senibina bangunannya yang gah dan cantik selain kedudukan berhadapan lautan. Pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan bentuk hotel ini.
Berbekalkan bilik-bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan pantai yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas.
Dilengkapi dengan sebuah restoran bernama The Square yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat, hotel ini juga menampilkan kelainan buat para tamu yang ingin menjamu selera sewaktu sarapan.
Jangan lupa juga mencuba hidangan khas ‘seafood platter’ mereka yang terdiri daripada aneka makanan laut serta ikan yang sangat lazat!
Semestinya, ia turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.
Buat yang suka memanjakan diri, singgah ke spa mereka untuk pelbagai rawatan urutan termasuk rawatan muka yang menenangkan.
Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa hotel ini wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu besar.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Novotel Nha Trang.
Sambungan wi-fi dan internet penulis sepanjang berada di Vietnam dikuasakan oleh Roaming Man Malaysia.
*Penerbangan hebat ke Vietnam ini ditaja oleh pihak VietJet. Layari VietJet untuk promosi luar biasa dan harga terendah!