Lazada, perintis platform e-Dagang di Asia Tenggara, hari ini (27 Julai 2023) menganjurkan Super Category Day buat pertama kalinya di Malaysia.
LazMall Super Category Day merupakan acara yang pertama seumpamanya dalam industri e-Dagang di mana tumpuan akan diberikan kepada kategori produk tertentu untuk membantu pembeli menemui dan membeli produk yang ditawarkan pada harga yang menjimatkan.
LazMall Super Category Day mempromosikan produk pelindung matahari, salah satu kategori produk yang semakin berkembang di LazBeauty – destinasi kecantikan Lazada.
Melalui penceritaan kreatif dan penciptaan kandungan bersama jenama, Lazada berusaha untuk menawarkan kandungan dan maklumat produk kepada pengguna dengan harapan dapat mengayakan lagi pengalaman membeli mereka. Seiring itu, jenama juga berpeluang meningkatkan penglibatan mereka dengan pembeli tempatan.
“Kami telah melihat pertumbuhan tahun ke tahun melebihi 50% pada 2022 untuk kategori pelindung matahari berikutan peningkatan suhu di Asia Tenggara. Kerana itu, kami sangat teruja untuk mengetengahkan kategori ini bagi LazMall Super Category Day,” ujar Naib Presiden Kanan, Akaun Strategik Serantau (Kesihatan & Kecantikan), Kumpulan Lazada, Clarissa Chen.
“Lazada bekerjasama dengan lebih 100 jenama dan memanfaatkan pandangan pelanggan untuk melaksanakan kempen yang menjanjikan kepuasan pengguna. Tujuan kami adalah untuk memperkasakan pelanggan kami dalam memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan mereka daripada pelbagai jenis produk yang tersedia di platform Lazada.”
“Kami bertekad untuk terus berinovasi dan menambah baik platform kami dengan pelancaran siri “Supers” kami, memperkasakan jenama untuk mengembangkan perniagaan mereka, sambil menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk para pengguna.”
Mengapa pelindung matahari?

Untuk LazMall Super Category Day pertama ini, Lazada bekerjasama dengan jenama seperti Anessa, La Roche Posay, L’oreal Paris, Shiseido dan Supergoop! untuk mencipta bersama kandungan pendidikan bagi membantu pembeli memilih produk pelindung matahari terbaik untuk memenuhi keperluan yang berbeza-beza.
Kandungan pendidikan boleh didapati bukan sahaja menerusi aplikasi Lazada semasa kempen dilangsungkan, ia juga akan ditayangkan melalui LazLive, penstriman langsung dalam aplikasi Lazada. Matlamat usaha ini adalah untuk mendidik para pembeli tentang cara menggunakan pelindung matahari dengan betul agar memperoleh keberkesanan maksimum.
Saksikan episod LazLive hari ini bersama Ika Nabella dan pakar kecantikan, Sarra Afiqah yang akan membincangkan pelbagai topik berdasarkan minat pengguna, seperti teknik aplikasi yang betul dan gandingan produk yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.
Buat pertama kalinya, pembeli juga akan mendapat kandungan khusus tentang pelindung matahari dengan mengklik pada tab Super Category Day LazLive.
Untuk LazMall Super Category Day yang pertama ini, Lazada menjemput pelanggan untuk meneroka rangkaian produk pelindung matahari yang memenuhi keperluan pelbagai jenis kulit dan menikmati promosi hingga 50% untuk produk pelindung matahari yang terbaik daripada jenama rakan kongsi Lazada.
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan dan pakai pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada selaran matahari sepanjang percutian anda. Pilih kandungan SPF yang tinggi (sekurang-kurangnya 50) untuk perlindungan yang lebih baik, terutamanya jika anda mengikuti aktiviti luar yang lama.
Maklumat lanjut tentang LazMall Super Category Day yang pertama kali dianjurkan Lazada ada di sini.
Selain LazMall Super Category Day, LazMall juga terkenal dengan kempen Super Brand mereka yang membantu jenama merekrut hingga 60% pembeli baharu dan mencapai peningkatan jualan hingga 25x ganda (berbanding hari biasa).
Kempen LazMall Super Brand telah terbukti berjaya membantu jenama memperoleh pelanggan baharu, memacu hasil jualan, dan meningkatkan kesedaran jenama. Sambil itu, pengguna juga dapat menikmati diskaun eksklusif daripada jenama kegemaran mereka dan pengalaman unik membeli-belah dalam talian.