AirAsia X (AAX) terus mengembangkan rangkaian jarak sederhananya dengan pelancaran semula perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Amritsar di India Utara.
Mulai 3 September 2023, perkhidmatan empat kali seminggu ini akan menawarkan para tetamu akses ke Amritsar, destinasi yang mempunyai potensi besar dari segi keagamaan, tarikan pelancongan, peluang komersial dan prospek perdagangan.
Sebagai destinasi keduanya ke India selepas New Delhi, laluan ini akan menyediakan kapasiti tahunan sebanyak 157,263 tempat duduk antara Kuala Lumpur dan Amritsar untuk AAX.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Kami berbesar hati untuk memulakan semula perkhidmatan terus ke Amritsar, sebuah destinasi yang terkenal di persada antarabangsa dengan tarikan Kuil Emas.”
“Amritsar menyediakan tarikan yang besar dari segi budaya dan keagamaan. Laluan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengembara di rantau ini untuk melawat bandar suci itu dengan tambang berpatutan, malah menawarkan penduduk di Amritsar peluang untuk melawat destinasi percutian lain dengan tambang bernilai terbaik termasuklah Perth, Melbourne, Bali, Bangkok dan banyak lagi dengan perkhidmatan Fly-Thru kami.”
“Pelancaran semula laluan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk memperkukuh kedudukan AAX di Asia Selatan, dan melengkapkan rangkaian besar kami di Asia Utara.”
“Kami optimis bahawa pelancaran semula laluan ini bukan sahaja akan meningkatkan tawaran destinasi jarak sederhana kami dengan tambang berpatutan, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan secara keseluruhan,” ujar beliau.
Sempena meraikan pelancaran semula laluan ini, AAX menawarkan tambang termasuk semua daripada RM299* sehala untuk tempat duduk ekonomi dan RM999* sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed.
Selain itu, tetamu yang menempah perjalanan ke/dari Amritsar juga akan menikmati diskaun 50% untuk bagasi daftar masuk apabila mereka membuat tempahan bermula hari ini sehingga 2 Julai 2023, untuk tempoh perjalanan antara 3 September 2023 dan 30 Mac 2024.
Amritsar ialah salah satu destinasi popular di Punjab di bahagian barat laut India, yang masih mempunyai sambungan terhad dari rantau Asia Pasifik. Bandar ini juga mempunyai tarikan kuil Sikh suci, Harmandir Sahib (Kuil Emas), dan mempunyai banyak monumen bersejarah termasuk Jallianwala Bagh, Sempadan Wagah dan Kubu Gobindgarh.
Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Amritsar (ATQ):

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.