Minggu fesyen Mercedes-Benz Fashion Week Kuala Lumpur yang berlangsung minggu lalu sekali lagi menampilkan bakat-bakat terbaharu dunia fesyen tempatan yang menyerlah.

Turut tersenarai dalam kumpulan itu adalah jenama tempatan Outdwell yang dicipta oleh pereka muda Oscar Lee.

Terkenal dengan potongan sofistikated dan gaya unik buat busana lelaki, jenama ini sudah mula mencuri perhatian ramai pengamat fesyen tanah air. Untuk minggu fesyen Mercedes-Benz kali ini, Outdwell muncul dengan himpunan yang diberi nama Act 3 : Third Degree.

Menurut Oscar rekaannya diilhamkan dari keganasan polis dan demonstrasi yang terjadi di seluruh dunia. Lantas dia menterjemahkan semua itu lewat potongan, poket, perincian dan juga silhuet menarik.

Turut dipengaruhi dunia hiphop, jenama Outdwell sememangnya sinonim dengan gaya jalanan yang amat dekat dengan seni hip hop seperti muzik, penyanyi rap, lukisan jalanan serta fesyen unik genre itu sendiri.

Di sini kami tampilkan beberapa sedutan pertunjukan fesyen Outdwell pada malam tersebut di Zepp KL.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah