Tahukah anda, penyertaan dalam bengkel atau kelas seni merupakan satu cara yang efektif untuk menerapkan sikap fokus dalam diri seorang individu? Penyertaan ke kelas seni ini mampu mengasah minda seseorang untuk menjadi lebih kreatif, tanpa mengira umur. Namun, bagi pembelajaran awal untuk kanak-kanak, pembentukan minda yang kreatif adalah penting untuk perkembangan saraf-saraf otak yang lebih optimum. Justeru, dalam artikel ini, Tourism Selangor akan mengongsikan 5 Pusat Seni untuk anda mula berkarya!

1) Clay Expression, USJ 1


Clay Expression terdiri daripada tenaga pengajar dari kalangan mereka yang berpengalaman dalam dunia seni tanah liat. Pembelajaran mengenai seni tanah liat diterapkan dalam diri para pelajar untuk menerokai nilai seni yang subjektif dan dimaterialisasikan kepada sebuah objek. Jangan risau, teknik pembuatan juga akan diajar di sini supaya para pelajar lebih mudah untuk membentuk sesuatu okjek yang ingin dihasilkan. Harga kelas ditawarkan bermula dari RM 250 seorang untuk durasi 2 setengah jam, dan menariknya, dan anda boleh membawa pulang tembikar hasil tangan anda!

2) Sewing World Gallery, Subang Jaya


Siapa yang tidak tahu mengenai Sewing World Gallery? Mula ditubuhkan pada tahun 1989, organisasi ini telah menjalankan ratusan bengkel atau kelas jahitan dengan tujuan untuk memelihara dan mewarisi seni jahitan dalam perkembangan fesyen masa kini. Pelbagai kelas yang ditawarkan di sini seperti Colorful Patchwork Blanket Online Workshop, Boxy Pouch Online Workshop, dan banyak lagi! Bengkel yang ditawarkan dengan harha bermula RM 175 ini boleh disertai oleh individu yang ingin mula belajar menjahit!


3) The Artsy Craftsy, Shah Alam


Tentunya daya kreativiti seseorang boleh diasah menerusi pendedahan dalam dunia seni dan juga penyertaan dalam kelas dan bengkel seni kreatif. Hanya dengan RM 100, anda sudah boleh sertai kelas yang ditawarkan di The Artsy Craftsy. Di sini juga, anda boleh asah kreativiti anda dalam penghasilan seni lukisan dengan lebih mendalam, serta mampu meningkatkan pemahaman anda terhadap karya seni!

4) Craft No 7, Petaling Jaya


Menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang kesenian, Craft No 7 yang terletak di Petaling Jaya ini menawarkan pelbagai bengkel yang bersesesuaian untuk semua peringkat. Jadi, jangan risau sekiranya anda adalah seorang ´beginner´, kerana di sini tempat yang tepat untuk anda mengasah bakat seni anda! Bermula dari harga RM 180, banyak bengkel yang ditawarkan di sini, antaranya, bengkel penghasilan lilin, lulur badan, corak bunga atas tanah liat, dan banyak lagi!

5) A Space to ____ , Damansara

A Space to ___, Damansara adalah antara organisasi yang menawarkan bengkel dan kelas seni yang pelbagai, bermula dari seni lukisan sehingga teknik penjilidan buku jepun moden, bengkel bru kombucha, mengait Amigurumi dan banyak lagi! Anda boleh layari laman web A Space to _ untuk ketahui lebih banyak tentang bengkel yang ditawarkan. Kos bengkel juga amat berpatutan, bermula dari RM 130; jadi apa tunggu lagi!

Mesti anda teruja untuk sertai kelas dan bengkel seni seperti yang dikongsikan di atas, bukan? Berjiwa seni atau tidak, tempat-tempat yang disenaraikan di atas akan membantu anda untuk mengisi masa lapang dengan mengasah bakat seni yang ada pada diri anda. Di samping dapat mempelajari seni kreatif, anda juga berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur!

Namun, adalah diingatkan kepada para pelajar untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.


Anda juga boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel
untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang kunjungan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Share:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *