Berpenampilan cantik dan tampan adalah impian hampir semua insan di dunia. Secara umum tiada siapa yang ingin kelihatan tidak menarik kerana penampilan yang menyenangkan itu sentiasa memberikan keyakinan kepada empunya badan.

Tampil menawan, bukan sahaja diinginkan di tempat kerja atau belajar tapi kalau boleh semua ingin sebegitu tiap waktu. Apatah lagi sewaktu bercuti dan bersiar-siar bersama teman dan keluarga.

Oleh kerana itu, semakin banyak pusat rawatan kecantikan serta ‘medispa’ yang muncul masa kini. Malah harga rawatan juga kini mampu dibiaya oleh orang ramai.

Antara yang mula mencuri perhatian adalah Zoera Medispa & Aesthetic yang terletak di Cyberjaya.

Percaya dengan prinsip ingin membantu para pelanggannya kelihatan menarik, Datin Seri Diraja Sharifah Azura, Pengarah Urusan pusat kecantikan tersebut berkongsi mengapa dia memilih perniagaan ini.

“Saya memang cintakan bidang penjagaan kulit dan solekan. Mungkin kerana latar belakang professional saya yang dulu pernah berkhidmat sebagai pramugari. Majikan kami tika itu sering mengingatkan kami tentang pentingnya penampilan sewaktu bertugas. Jadi segalanya bermula dari situ,” ujarnya membuka bicara.

Beliau juga menjelaskan bahawa pada awalnya beliau sendiri sering pergi melakukan rawatan kecantikan muka, namun tidak pernah terfikir untuk menceburi perniagaan sebegini.

Sehinggalah salah seorang kawannya memberikan idea untuk membuka perniagaan rawatan kecantikan.

“Saya kemudian bekerjasama dengan kawan saya yang menjadi rakan kongsi perniagaan. Kawan saya itu seorang doktor perubatan dan mempunyai beberapa klinik. Dengan bimbingannya, saya pun mengambil langkah untuk memulakan perniagaan ini,” tambahnya lagi.

Saat ditanya apa yang membezakan pusat rawatan kecantikannya dengan saingan yang lain, beliau memberikan jawapan yang sangat mudah difahami dan diterima.

“Kejujuran. Itu yang kami perjuangkan. Kami tidak memaksa pelanggan untuk mengambil pakej, membeli produk atau melakukan rawatan yang tak diperlukan. Kami tidak setamak itu untuk mengaut keuntungan.

Kami akan lakukan analisa terhadap kulit dan tunjukkan apa yang mungkin mereka perlukan. Jika ada rawatan lain yang mereka mahukan namun tidak sesuai dengan kulit mereka, kami akan jelaskan dengan baik. Mereka tak perlu membazir wang untuk melakukan rawatan yang tidak diperlukan.

Sungguhpun begitu saya tidak menafikan bahawa semua perniagaan mempunyai keuntungan sebagai tujuan utama, namun yang paling penting adalah kepuasan para pelanggan kami. Saya yakin, jika kami jujur dan ikhlas dalam memberikan perkhidmatan, pelanggan akan sentiasa kembali dan berkongsi tentang perkhidmatan kami,” ujar beliau lagi.

Walau bagaimanapun arena perniagaan ini mempunyai banyak saingan. Apatah lagi zaman sekarang saat rawatan kecantikan sudah mula menjadi satu kebiasaan. Ini wajar kerana kosnya tidaklah semahal sekitar 10 atau 20 tahun yang lalu.

“Kalau nak cakap tentang saingan, sudah tentu ada banyak.

Namun saya percaya pada rezeki Allah. Selagi memberikan yang terbaik dan tidak membuat perkara yang salah, saya yakin rezeki Tuhan akan sentiasa ada. Lagipun rezeki kita sudah Tuhan tetapkan. Insya Allah saya sangat yakin dengan pegangan ini,” ulas beliau tentang isu tersebut.

Kala ditanya apakah definisi kecantikan beliau? Datin Seri Diraja Sharifah Azura menjelaskan bahawa semuanya bermula dari dalaman.

“Mungkin kedengaran sangat klise, namun ia satu kenyataan yang sukar disangkal. Sekiranya seseorang mempunyai keperibadian yang cantik dari dalam, ia akan kelihatan di luar. Begitulah juga sebaliknya.

Solekan mampu menutup cela di wajah namun ia tak dapat menutup cela keperibadian dalaman. Jadi kalau seseorang sudah mempunyai keperibadian yang indah dan disenangi, ia akan kelihatan di wajah mereka. Dari situ, semua orang hanya perlu merapikan dan menyerlahkan kelebihan masing-masing,” jelas beliau dengan senyuman.

Pusat rawatan kecantikan ini juga bukan sahaja mempunyai pelanggan wanita, malah ramai terdiri daripada kaum Adam.

Puan Izza Sudirman, Penasihat Kecantikan di Zoera Medispa & Aesthetic memberitahu bahawa ia kini satu perkara yang biasa.

“Sekarang lelaki sudah tidak segan untuk mendapatkan rawatan penampilan. Apatah lagi dengan kemarakan media sosial. Ramai yang ingin tampil yakin dan segak. Jadi tidak hairan kalau semakin ramai lelaki menjadi pelanggan kami. Malah banyak juga yang datang sambal ditemani ibu mereka dan ini sesuatu yang baik.

Malah kami juga menyediakan banyak rawatan khas buat lelaki seperti pembuangan bulu dan sebagainya,” jelasnya.

Sudah berkecimpung dalam bidang ini sekitar 10 tahun, Izza memberitahu bahawa rawatan yang paling dicari oleh pelanggan masa kini adalah rawatan laser.

“Rawatan Co2 laser ini sangat popular kerana ia mampu menyelesaikan aneka ragam masalah kulit. Oleh kerana itu ia menjadi rawatan paling popular di sini,” ujar Izza.

Sungguhpun begitu, Izza menegaskan bahawa para pelanggan harus tahu bahawa semua rawatan perlukan masa. Perubahan drastik tidak mungkin kelihatan begitu jelas sejurus selepas rawatan.

“Benar bahawa ramai yang mampu membayar untuk perkhidmatan rawatan kami, namun para pelanggan kadangkala tidak sabar menanti hasil rawatan. Mereka fikir sebaik sahaja selesai rawatan kulit mereka akan berubah dalam beberapa minit atau jam.

Itu agak mustahil. Semuanya ada proses dan perlukan waktu. Kami minta para pelanggan kami bersabar dan dengar nasihat kami. Ada beberapa rawatan yang perlukan rawatan susulan. Jadi sabar dan ikuti sahaja prosesnya,” tambah Izza mengakhiri bicara.

Apa yang pasti, misi utama Zoera Medispa & Aesthetic adalah ingin membuat pelanggan mereka gembira dan kelihatan menawan.

Jadi jika anda ingin memperbaiki penampilan diri, jangan lupa untuk singgah di Zoera Medispa & Aesthetic di Cyberjaya. Layari media sosial mereka di sini.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah