Ace Media Network Sdn. Bhd. (AMN) berasa amat teruja untuk menguar-uarkan penganjuran Jelajah Asia The Great Era of Piracy yang menjanjikan pameran pengalaman berasaskan anime yang pertama dan terbesar di Malaysia.
Melibatkan pelaburan bernilai kira-kira RM5,000,000, AMN menjanjikan pengembaraan yang tidak mudah dilupakan buat pengunjung dengan membawa mereka ke dunia One Piece yang penuh aksi sambil menyertai kembara terkini Straw Hat Crew.
Tak kira sama ada peminat tegar anime berkenaan ataupun mereka yang baru sahaja mengenalinya, pameran ini tentunya satu penerokaan sekali seumur hidup yang tidak seharusnya dilepaskan.
Para pengunjung dijemput untuk meneroka 21 zon bertema di dalam ruang pameran yang berkeluasan 25,000 kaki persegi untuk menyaksikan karakter-karakter One Piece kegemaran mereka beraksi dalam pertempuran mengujakan daripada siri anime itu.

Hal ini merupakan peluang unik untuk pengunjung mengikuti pengembaraan selama 45 hingga 95 minit yang lengkap dengan pameran interaktif, artifak-artifak tulen lanun, dan paparan multimedia yang menarik perhatian.
“Jelajah Asia The Great Era of Piracy adalah lebih daripada hanya sebuah pameran. Ia merupakan satu peluang untuk melangkah ke dunia One Piece dan menjadi sebahagian daripada kembara anime tersebut tetapi dalam dunia sebenar.”
“Pameran ini bukan sahaja untuk memaparkan FRP (plastik diperkuat fiber), hasil seni, mahupun barangan. Sebaliknya ia meraikan semangat One Piece dan nilai yang diwakilinya – persahabatan, kecekalan, dan keberanian untuk mengejar impian,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ace Media Network, Benedict Wong yang turut teruja dengan pameran julung-julung kalinya ini.
Alami semula kembara Luffy menerusi 21 zon bertema yang unik
Peminat One Piece sama ada yang baharu atau pun lama, 21 zon bertema pada pameran ini adalah satu tarikan yang tidak harus dilepaskan. Pengunjung diberi peluang untuk mengikuti kembara mengujakan Straw Hat Crew dalam Dunia Lanun (Piracy World).
Zon-zon bertema ini termasuk karakter kegemaran ramai iaitu Raja Lanun (Pirate King), Gold D. Roger, yang menetap dalam dunia One Piece sebelum kejadian-kejadian yang terdapat dalam anime itu.
Peminat juga dapat melihat sendiri lokasi dan karakter-karakter yang dikaitkan dengan Roger dan krew beliau seperti Pulau Raftel, di mana Roger dikatakan menyorokkan harta karun lagenda yang dikenali sebagai One Piece.
Lokasi-lokasi penting lain dalam zon ini termasuk Skypiea, di mana lanun-lanun Roger menemui Poneglyph yang membawa mereka ke Pulau Laugh Tale. Pulau ini didakwa merupakan destinasi terakhir bagi sebarang lanun yang ingin menemui One Piece.
Zon-zon lain termasuk peristiwa-peristiwa ikonik dalam dunia One Piece seperti zon The Marineford, tempat berlakunya Pertempuran Marineford iaitu satu konflik besar antara anggota Marin (Marines) dan Lanun Whitebeard (Whitebeard Pirates) yang membawa kepada kematian beberapa karakter penting dan memberikan kesan besar pada dunia One Piece.
Zon-zon bertema ini akan turut melibatkan arca-arca FRP bersaiz sebenar karakter-karakter kegemaran seperti Luffy, Katakuri, Yamato, dan banyak lagi.
Salah satu daripada zon tersebut akan melibatkan teater mini interaktif 180 darjah yang memaparkan kembara selama 25 tahun Luffy bersama Straw Hat Crew, mengimbau kembali memori peminat tegar One Piece.
Tidak ketinggalan, arca 3D serba baharu dan terbesar Serangan Onigashima yang lengkap dengan pertempuran epik antara Luffy dan Kaido. Ini merupakan kali kedua arca yang mengagumkan itu dipamerkan di dunia, menjadikan ia sesuatu yang tidak seharusnya dilepaskan peminat.

Terokai Dunia One Piece menerusi Permainan AR Unik
Ace Media Network dengan bangganya membawakan penyediaan permainan realiti terimbuh (AR) interaktif pelbagai sensori dalam zon-zon dipertingkatkan di seluruh tapak pameran.
Permainan-permainan ini direka untuk memberikan pengalaman menyeluruh sepenuhnya kepada pengunjung, lantas menghidupkan pameran dalam cara yang sebelum ini mustahil dipertontonkan. Untuk mengambil bahagian, pengunjung hanya perlu memuat turun aplikasi rasmi yang disediakan terus ke telefon pintar mereka dan bersedia untuk bermain!
Keriangan tidak terhenti di situ, aplikasi itu juga menyediakan satu platform bagi peminat untuk melihat kedudukan mereka dan membandingkan mata kutipan dengan rakan-rakan pada masa sebenar.
Dengan ciri-ciri senarai pemain teratas dan perkongsian sosial, pengunjung boleh berentap antara satu sama lain untuk meraih hak bermegah dan memenangi ganjaran menarik.
Sebagai tambahan pada permainan AR, pameran tersebut juga memaparkan permainan karnival mini yang pastinya menggembirakan kanak-kanak dan dewasa.
Daripada permainan klasik yang diubah untuk berpadanan dengan tema One Piece seperti balingan cincin dan balingan damak belon, pastinya ada permainan yang menyeronokkan untuk semua.
Dengan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah dan pengalaman menarik di karnival berkenaan, pameran itu akan membawa pengunjung menyusuri pengembaraan unik Dunia One Piece.
Pameran ini juga menampilkan jualan barangan edisi terhad, membolehkan pengunjung untuk membawa pulang produk-produk rasmi serta cenderahati eksklusif serba unik One Piece.

Pameran bakal berlangsung dari 23 Mac hingga 8 Mei 2023, bertempat di Dewan Pavilon, Taman Tema Dalaman Skytropolis, Resort World Genting dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Dapatkan tiket anda di https://www.ticket2u.com.my/event/30178 sekarang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Jelajah Asia The Great Era of Piracy Asia Tour, sila layari laman web www.acemedia.network/onepieceasiatour/.