BTS POP-UP: SPACE OF BTS secara rasmi telah membuka tirainya pada 28 Oktober 2022 di Metrojaya, Pusat Beli Belah Suria Sabah di Kota Kinabalu. Pop Up Store ini akan beroperasi sepanjang tempoh 3 bulan bermula hari ini sehingga 15 Januari 2023.
HYBE IP, perusahaan bebas yang menguruskan perniagaan Harta intelek HYBE, sebelum ini telah mengendalikan sebuah ruang eksperimentasi kompleks menggunakan nama ‘BTS POP UP: HOUSE OF BTS’ pada Oktober 2019 dan MAP OF THE SOUL: 7 pada Oktober 2020. Untuk Pop up store yang akan datang, HYBE IP akan menawarkan pengalaman yang tidak kurang hebat buat para pelanggan di Sabah.
BTS POP UP: SPACE OF BTS adalah sebuah acara eksklusif secara fizikal yang sebelum ini diadakan di Korea Selatan, Singapura, Filipina, Kanada dan Dubai.
Kedai konsep ini merupakan kolaborasi dengan Metrojaya Department Store dan untuk pertama kalinya akan menampilkan pelbagai tema yang berbeza dalam satu ruang. Tema tersebut adalah BTS POP UP: Space of BTS, In The SOOP, Permission to Dance, Map of the Soul dan TinyTAN.
Setiap ruangan telah dihias dengan dekorasi riasan bersama warna-warna ikonik yang khusus bagi menonjolkan keunikan bagi setiap tema. Ianya diolah sesuai untuk dijadikan sebagai ruangan bergambar sesuai untuk Instagram bagi para pengunjung yang datang.
Apa yang lebih menarik, satu ruang istimewa untuk barisan karakter TinyTAN yang digemari ramai juga turut disediakan bagi penggemar karakter ini. Pelbagai produk yang diinspirasikan oleh lagu – lagu popular BTS akan dijual kepada para pengunjung secara eksklusif di BTS POP UP: SPACE OF BTS.
Apa yang perlu anda tahu?
BTS POP UP: SPACE OF BTS adalah acara di luar talian yang menampilkan pelbagai produk diinspirasi dari lagu – lagu BTS seperti ‘MIC DROP’, ‘DNA’, ‘IDOL’, ‘Boy With Luv (feat. Halsey)’. Selain daripada itu, produk yang bertemakan BASIC dengan rona klasik ungu, putih dan hitam, juga akan dijual di POP UP ini. Pembeli boleh mendapatkan beratus-ratus variasi barangan pelbagai kategori termasuklah pakaian, aksesori, alat tulis dan juga barangan gaya hidup.
Para pelanggan yang ingin berkunjung ke POP UP perlu berbaris di hadapan pintu masuk di luar kedai. Mereka akan diberikan nombor giliran di pintu masuk untuk tujuan pengawalan orang ramai di dalam kedai. Pendaftaran masuk akan bermula pada jam 10 AM dan berakhir pada jam 9:30 PM setiap hari. Walaubagaimanapun, kedai POP UP mungkin akan ditutup lebih awal bergantung pada keadaan semasa.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BTS POP UP: SPACE OF BTS dan produk-produk baharu yang akan datang, sila lawati dan ikuti @metrojayamy di Instagram dan Facebook.
Butiran BTS POP UP: SPACE OF BTS di Sabah.
Lokasi: Unit 1 – 45 (Lot 28 – 35), 1st Floor, Suria Sabah Shopping Mall, Jalan Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, SABAH
Tarikh: 28 Oktober 2022 – 15 Januari 2023
Waktu Operasi :10 AM – 10 PM