Sempadan antarabangsa telah mula dibuka semula dan ramai rakyat Malaysia sudah ke luar negara untuk bercuti. Selain negara-negara jiran terdekat seperti Singapura, Thailand dan juga Indonesia yang kerap menjadi pilihan percutian, Vietnam juga semakin mendapat tempat di hati keluarga Malaysia .

Antara kota pilihan Vietnam yang mula mencuri perhatian adalah kota persisiran pantai Nha Trang, yang terkenal dengan pelbagai tarikan. Sehubungan dengan itu, ramai yang mencari hotel yang tidak terlalu mahal semasa bercuti di kota ini dan masih menginginkan perkhidmatan berkualiti selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari.

Salah satu rangkaian hotel paling popular di Vietnam yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah jenama Ibis Styles. Dan ternyata hotel ibis Styles Nha Trang memang mendapat perhatian ramai. Ia merupakan cawangan ibis Styles pertama di Vietnam!

ibis Styles Nha Trang merupakan hotel yang menduduki kawasan yang sangat strategik di kota ini. Ia berada di kawasan perniagaan utama, dan pada waktu yang sama hanya dua minit perjalanan ke pantai.

Malah dari ibis Styles Nha Trang hanya memerlukan sekitar 40 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh.

Hotel ini mempunyai 311 buah bilik dengan 4 jenis bilik (Standard, Superior, Premium & Family) yang pastinya mempunyai keunikan masing-masing. Setiap bilik di hotel ini mempunyai hiasan menarik serta warna – warna unik yang dipadupadankan untuk membuat para tamu selesa selain sesuai diabadikan buat gambar di wadah media sosial.

Kesemua bilik-biliknya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet.

Di dalam bangunan hotel ini juga ini para tamu akan menemui sebuah restoran iaitu STREATS yang menyajikan aneka makanan lazat antarabangsa dan tempatan.

Terdapat juga sebuah bar bernama STREATS pool bar di sebelah kolam renang yang juga di samping gimnasium.

Hotel ini juga ada enam buah bilik mesyuarat. Ini menjadikannya sebuah hotel yang sangat praktikal untuk mengadakan seminar atau mesyuarat serta acara-acara seumpamanya.

Berbekalkan suasananya yang segar, ranggi dan ramah, hotel ini pasti menjadi salah sebuah hotel yang ideal buat para pengunjung yang menjalani kehidupan harian yang aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan.

Dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, hotel ini memenuhi kriteria tersebut. Jadi kalau ke Nha Trang, cubalah bermalam di sini. Ia pasti memenuhi citarasa anda yang inginkan kemudahan dan keselesaan.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang ibis Styles Nha Trang.

*Penerbangan hebat ke Vietnam ini ditaja oleh pihak VietJet. Layari VietJet untuk promosi luar biasa dan harga terendah!

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *