Perkara pertama sekali apa bila menjejakkan kaki ke hotel Hilton Kota Kinabalu adalah ruang lobi yang luas dan keunikan lampu chandelier persis titisan air hujan. Mempunyai 305 bilik dan suites, Hotel Hilton Kota Kinabalu merupakan rangkaian Hotel Hilton pertama di Sabah.
Terletak di kawasan yang dipanggil “Asia City” dan berhampiran dengan tempat tumpuan pelancong. Maka tidak hairanlah ianya sentiasa menjadi pilihan pelancong baik dari dalam luar negara.
Bercerita pula mengenai bilik di hotel ini, apa yang menarik adalah mereka mengguna motion sensor serta sentuhan bagi setiap suis di dalam bilik. Malah tiada slot untuk meletak kad kunci bilik. Semuanya “automatically switch on” apabila berada di dalam bilik. Selain itu, Buku Panduan Bilik serta menu untuk “in-room service” juga sudah dimasukkan terus ke dalam SMART TV yang disediakan. To be honest, ia memudahkan segalanya.
Bagi mereka yang menginap di bilik premium, kemudahan Executive Lounge juga disediakan. Dibuka dari jam 6 pagi hingga 10 malam, pelbagai kemudahan dan servis tersedia. Antaranya dalam sarapan pagi, minum tengahari dan juga minum petang. Selain itu juga, apa yang menarik tentang servis di Hilton Kota Kinabalu adalah personal service mereka. Setiap hari tanpa lupa, pihak hotel akan menghantar pesanan ringkas kepada setiap tetamu untuk memastikan tetamu menikmati servis yang terbaik.
Terdapat 2 restoren di Hotel Hilton Kinabalu iaitu Urban Kitchen dan Rooftop Pool Side Bar & Grill. Urban Kitchen menyediakan menu sarapan pagi, ala-carte serta buffet dinner. Begitu juga dengan Rooftop Pool Side Bar & Grill tetapi terletak di tingkat paling atas dan mempunyai pemandangan Laut China Selatan. Selain itu terdapat Cafe Zest yang menjual makanan ringan dan kek. Peminat Live Musik pula boleh ke The Club Bar yang baru dibuka sekitar April 2019.
Bagi mereka yang gemar bersukan, kolam renang dan juga gimnasium tersedia. Kolam renang Hilton Kota Kinabalu adalah yang antara yang terbesar di Kota Kinabalu.
