Dapatkan beberapa inspirasi untuk percutian santai anda yang seterusnya! Airbnb menampilkan pelbagai kediaman yang menakjubkan demi memberi kehormatan kepada warisan dan sejarah berbilang budaya Malaysia, serta beberapa Pengalaman menyeronokkan yang meraikan kepelbagaian budaya negara kita.  

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kini telah dilanjutkan hingga akhir tahun ini, tetapi masih terdapat banyak destinasi yang boleh diterokai dan aktiviti untuk dinikmati di seluruh negara dengan semangat Cuti-Cuti Malaysia

Penginapan di Airbnb 

Rumah Warisan Yang Diperbaharui Dengan Penampilan Bergaya (Muda Blue), George Town, Pulau Pinang

Pulau Pinang yang kaya dengan warisan sejarah dan bangunan pencakar langit moden, sememangnya merupakan tempat pertemuan budaya tradisi dan kemodenan. Tetamu boleh menikmati keindahan dan sejarah yang mempersonakan ketika menginap di rumah warisan yang diperbaharui ini yang dilindungi di bawah Tapak Warisan Dunia UNESCO. 
17BROGA – Rumah Panjang, Semenyih, Selangor

Inginkan percutian luar bandar tanpa perlu mengembara terlalu jauh dari bandar? Rumah ini menawarkan beberapa ciri rumah panjang tradisional Cina lama, yang dianggap sebagai khazanah yang jarang ditemui di Malaysia. 
Rumah Panjang Gua Niah, Niah, Sarawak 

Diberkati dengan keindahan alam semula jadi yang mengasyikkan, Sarawak adalah khazanah sebenar destinasi pelancongan yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi orang asli. Manfaatkan sepenuhnya penginapan di rumah panjang Iban asli ini dan nikmati persembahan tarian tradisional sebagai penghormatan daripada hos jika anda berpeluang!
Rumah Warisan, George Town, Pulau Pinang

Ingin memanjakan diri anda dengan percutian singkat di Pulau Pinang? Tetamu boleh menginap di rumah kedai Pulau Pinang yang diubahsuai dengan cantik, dilengkapi dengan barangan antik dan perabot zaman dulu yang bergaya. 
Rumah Loteng Warisan Klasik di KL, Kuala Lumpur

Sebagai penghormatan kepada rumah-rumah kayu lama di Malaysia yang indah, Rumah Loteng Warisan Klasik ini memberi tetamu peluang untuk merasai pengalaman tinggal di rumah bergaya tradisional yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Pengalaman di Airbnb

Alami Kehidupan di Kampung Asli, Kuala Lumpur, Malaysia

Dibimbing oleh pakar tempatan, tetamu akan belajar cara membuat aksesori Semai dengan menggunakan teknik menganyam, berlatih menembak menggunakan paip tiup pemburuan Semai tradisional, dan berenang di sungai berhampiran, sama seperti penduduk tempatan.
Alami Little India dan Chinatown, Kuala Lumpur, Malaysia

Terokai sejarah bandar yang mengasyikkan dan budaya moden yang meriah dalam lawatan berjalan kaki KL berpandu ini. Sertai lawatan ke Chinatown yang juga dikenali sebagai syurga pemburu barangan murah dan teruskan perjalanan anda ke Little India untuk mendalami budaya dan merasai makanan tradisional India.
Lawatan Ke Tempat Bersejarah Dengan Berjalan Kaki Di Sekitar George Town, George Town, Pulau Pinang

Alami Pulau Pinang dari perspektif yang berbeza dalam lawatan berjalan kaki berpandu dan terokai kawasan bersejarah berpusat George Town serta mengagumi bangunan kolonial yang menjadi tempat penganjuran banyak acara bersejarah di Pulau Pinang!
Batu Caves, Little India & Sebagainya, Kuala Lumpur, Malaysia

Sertai lawatan budaya ini dan ikuti perjalanan yang memberikan pengalaman yang mendalam      untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai budaya dan makanan Malaysia.
Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *