[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.27.4″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_margin=”-33px|||||”]
Pulau Dewata Bali antara destinasi percutian yang semakin dirindui oleh warga Malaysia. Sebelum pandemik, destinasi popular ini sering menjadi pilihan pengembara yang ingin berbulan madu atau menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki.
Kini, impian atau angan-angan ke Bali harus disimpan buat seketika selagi sempadan negara masih belum dibuka. Malah, kerajaan Indonesia juga masih belum bersedia untuk menerima kehadiran pelancong antarabangsa ke Bali. Andai kata semuanya kembali normal, boleh menyusun rencana ke sini.
Buat masa ini, intai-intai dahulu hotel yang boleh dijadikan pilihan apabila ke sana nanti. Bagi yang bercadang ke Bali dan mencari penginapan yang tidak menelan belanja yang tinggi, apa kata anda menginap di Harris Hotel Seminyak Bali.

Hotel bertaraf empat bintang ini biarpun tidak menawarkan bilik dengan pemandangan laut tetapi ia menjanjikan penginapan selesa dengan pelbagai servis praktikal. Jika anda seorang pengembara atau pelancong yang tidak gemar menghabiskan masa di hotel, Harris Hotel Seminyak Bali sangat ideal untuk anda.
Ini kerana setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti di luar, anda boleh mendapatkan tidur yang lena kerana tilam dan bantal yang tersedia setanding hotel bertaraf lima bintang.

Tampil dengan konsep moden minimalis, hotel di bawah rangkaian Tauzia Hotel ini menawarkan lebih 200 buah bilik. Setiap bilik mempunyai keluasan memuaskan dan setiap tetamu boleh mengakses kemudahan internet secara percuma.
Ada dua jenis bilik yang boleh dipilih, iaitu Harris Room dan Unique Room. Perbezaan kedua-dua bilik ini adalah pada keluasan bilik serta dekorasinya. Harris Room tampil lebih kecil dengan dekorasi ringkas, manakala Unique Room lebih luas dengan ciri lebih elegan, sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan perniagaan.
Bercerita tentang kemudahan yang tersedia, Harris Hotel Seminyak Bali sudah semestinya tidak mahu ketinggalan dari hotel-hotel berdekatan. Oleh itu, hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang, gimnasium, spa, Dino Kids Corner (sudut kanak-kanak) dan juga butik yang menjual barangan istimewa, Harris Merchandise.


[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

