Perjalanan ke luar negara bagi tujuan melancong masih belum dibenarkan. Tetapi rakyat Malaysia masih boleh menikmati percutian akhir tahun di dalam negara dan meraikannya bersama keluarga tersayang dengan ‘ 21 Saat-saat Istimewa di Rumah’ – senarai 21 Penginapan dan Pengalaman Online yang unik yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia pada Disember ini.

Sama ada anda bercuti dalam negeri di Penginapan Airbnb atau mengembara secara maya dari keselesaan rumah anda dengan menyertai Pengalaman Online Airbnb, ‘Saat-saat Istimewa di Rumah’ ini dapat merapatkan ahli keluarga tersayang sama dekat atau jauh.

“Tahun ini sangat mencabar untuk seluruh dunia dan ramai daripada kita merasa terasing kerana tidak dapat mengembara. Memandangkan perjalanan antara negeri dibuka semula, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan destinasi dan idea perjalanan ini, dan mencipta saat-saat percutian yang selamat dan akan sentiasa diingati sambil menyokong pemulihan pelancongan di negara ini,” ujar Pengurus Besar India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Airbnb, Amanpreet Bajaj.

Momen mesra keluarga
Gembirakan keluarga anda dengan membawa mereka bercuti setelah sekian lama di kediaman mewah yang selesa dan jauh daripada kesibukan bandar dan lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

  1. CampEveryday – Disanitasikan untuk Keselamatan Anda – Damansara, Selangor

Ingin membawa aktiviti luar ke dalam? Hiasan Rumah yang ceria dan unik ini pasti menyeronokkan pengunjung, dengan tumbuhan dalaman dan pencahayaan lembut yang mewujudkan suasana yang selesa.

2) Rumah Warisan di Georgetown Lebuh Pantai – Georgetown, Pulau Pinang

Alami suasana zaman lalu dengan penginapan di Rumah Warisan ini yang terletak di pusat zon warisan Georgetown dengan pelbagai kemudahan, membolehkan tetamu berkunjung ke destinasi-destinasi popular di sekitar bandar dengan mudah.

3) Satrisna Home by Straits Quay Marina – Tanjong Bungah, Pulau Pinang

Studio yang sesuai untuk keluarga yang lebih kecil, dengan lokasi strategik yang sama jauhnya dengan Georgetown dan Batu Ferringhi.

4) Inspirasi Alam Semula Jadi ❤ & Tempat Berkumpul – Batu Pahat, Johor

Rumah yang berwarna warni dan luas, dan pokok-pokok yang menghijau di sekeliling kediaman ini memberi sentuhan yang menyegarkan. Halaman belakang yang luas menjadikan tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermain.

5) Buat Sushi Tokyo di Rumah dengan Pakar – Jepun

Pelajari cara membuat sushi asli daripada pakar! Kanak-kanak dan orang dewasa akan gembira mengikuti kelas yang menyeronokkan ini.

6) Hula Hoop dengan Artis Sarkas – Montreal, Kanada

Mencari aktiviti yang menyeronokkan pada waktu malam? Sesiapa sahaja boleh menjadi pakar hula hoop setelah mengikuti kelas ini dengan artis sarkas profesional yang membuat persembahan dengan Cirque du Soleil.

Airbnb juga menawarkan pelbagai jenis “Saat-saat Istimewa Airbnb” untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk percutian mereka sebelum meyambut tahun 2021, sama ada dengan keluarga dan rakan atau percutian yang dikelilingi oleh alam semula jadi, terdapat banyak Penginapan Airbnb dan Pengalaman Online yang dapat dicari di platform ini yang sesuai untuk semua termasuk:

Airbnb juga menawarkan pelbagai jenis “Saat-saat Istimewa Airbnb” untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk percutian mereka sebelum meyambut tahun 2021, sama ada dengan keluarga dan rakan atau percutian yang dikelilingi oleh alam semula jadi, terdapat banyak Penginapan Airbnb dan Pengalaman Online yang dapat dicari di platform ini yang sesuai untuk semua termasuk:

Penginapan Airbnb

7) Redchimes@4 – Fraser’s Hill, Pahang

8) Mimi’s Pine Meadow: “Where it Nourishes Our Souls” – Langkawi, Kedah

9) Hidden Gem Gallery Inspired Rustic Studio Apartment  – Kota Kinabalu, Sabah

10) Tanah Larwina Retreat. – Hulu Langat, Selangor

11) Breathtaking Hilltop View, Sky Villa at KKB Height – Kuala Kubu Baru, Selangor

12) Insane Stylish Hidden Shop House – Kota Kinabalu, Sabah

13) Luxe High-rise & Glass-Walled Retreat with City Skyline View – Kuala Lumpu

14) Samaya Villa, Balinese 4bedrooms with Private Pool – Melaka

Pengalaman Online Airbnb

15) Weaving with Tees – Kuala Lumpur

16) Natural Dye and Shibori Experience – Bali, Indonesia

17) K-pop concert & Dance class for beginner – Seoul, South Korea

18) The Art of Penguin Conservation – Cape Town, South Africa

19) Go On a Leopard Safari in Sri Lanka – Colombo, Sri Lanka

20) Guided Meditation with Sleepy Sheep – Stirling, United Kingdom

21) A Mountain Under Glass – Cloud Forest – Singapore

Hos Penginapan Airbnb ini semuanya komited kepada proses Pembersihan 5-langkah Airbnb Yang Dipertingkatkan, satu set standard yang dibangunkan dengan kerjasama pakar untuk memastikan keselamatan dan ketenangan fikiran untuk tetamu.

Share:
, , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *