[et_pb_section fb_built=”1″ admin_label=”Section” _builder_version=”3.22″][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.27.4″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_margin=”-62px|||||” custom_padding=”20px|||||”]

Camping mungkin bukan gaya percutian untuk sesetengah orang, tapi dengan situasi semasa yang merunsingkan ini, camping atau glamping adalah pilihan yang agak selamat.

Sesekali tak salah kiranya lari daripada kebiasaan. Seronok tau, bangun pagi dikejutkan oleh kicauan burung yang berlagu riang. Alam semulajadi yang menghijau cukup mendamaikan.

Jom intai, di mana lokasi perkhemahan yang berbaloi untuk dicuba!

1) Tanjung Tent, Tanjung Inn, Cherating

Istimewa untuk anda yang menggemari percutian pantai. Biarpun lokasi khemahnya bukan di tepi pantai, tapi ia terletak hanya beberapa ratus meter dari pantai. Ini bermakna, bolehlah berjalan ke pantai pada bila-bila masa.

Setiap khemah pula didirikan berhadapan dengan kolam. Siap dengan patio yang membolehkan anda melepak untuk menikmati keindahan bintang-bintang di waktu malam (itu pun  kalau cuaca mengizinkan).

Setiap khemah boleh muatkan dua dewasa. Ada dua tilam bertaraf lima bintang,  kelambu, kipas angin, soket elektrik, lampu membaca, almari dan pili air kecil.

Kemudahan tandas terletak di luar. Jika ke sini pada musim tengkujuh boleh habiskan masa dengan belajar surfing atau kiteboarding.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tanjunginn.com/

2) Tanah Aina Fahad, Raub Pahang

Tak jauh pun kalau dari KL. Bercuti ke sini bermakna anda kena lupakan gajet atau skrin TV buat seketika.

Persekitaran resort yang menghijau cukup mendamaikan. Tambah seronok kerana khemah-khemah yang tersedia hanya beberapa kaki dari sungai.

Antara penginapan yang terdapat di sini adalah King Tent, Queen Tent dan Normal Tent. Setiap khemah dilengkapi katil bujang atau kelamin.

Penginapan di sini termasuk dalam kategori glampinglah…semuanya kemas dan cantik. Tuala dan alatan mandian juga tersedia. Tak perlu bawa sendiri.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah jungle trekking, mandi-manda di kawasan sungai dan mandi-manda di air terjun yang terletak berhampiran.

Layari http://www.tanahaina.com/fahad/ untuk maklumat lanjut.

3) Longsha Beach Camping, Pulau Kapas

Kredit foto : www.jonesaroundtheworld.com

Seronok juga dapat camping di Pulau. Lebih-lebih lagi jika pulau itu menjanjikan pemandangan alam yang memukau mata memandang.

Kalau nak yang betul-betul bajet, jom bawa diri ke Longsha Beach Camping yang menyediakan sewaan khemah kepada yang berminat.

Dengan harga serendah RM15.00 (bergantung pada musim) semalam, anda boleh berkhemah di tepi pantai tanpa sebarang gangguan.

Khemah yang disediakan kuat dan kukuh.  Apa yang perlu anda bawa ialah bantal dan mosquito repellent kerana pantai ini banyak nyamuk (mungkin juga agas) pada waktu malam.

Kemudahan tandas dan ruangan memasak juga tersedia di sini. Jadi bolehlah masak makanan anda sendiri. Jimatkan?

Boleh intai Facebook LongSha Campsite, Kapas Island untuk maklumat lanjut.

4) Hounon Ridge Farm Stay, Ranau, Sabah

Kredit foto : Pinterest

Tempat ini pernah viral tidak berapa lama dahulu. Sebabnya, ia menjanjikan pemandangan Gunung Kinabalu dengan jelas sekali. Buka mata sahaja sudah nampak Gunung Kinabalu di depan mata.

Kedinginan malam jua membuai mimpi lena. Seronok dapat bersatu dengan alam. Menghirup secawan kopi panas di lokasi percutian tanah tinggi ini satu nikmat yang bukan kepalang.

Persekitaran Houson Ridge ini dipenuhi dengan rumput menghijau, bagaikan berada di padang ragut di luar negara. Biarpun terdapat bilik-bilik penginapan di bangunan utama, tetapi berkhemah menjanjikan pengalaman luar biasa.  Simply magical!

Anda boleh bawa sendiri khemah atau sewa daripada pihak pengurusan. Tapi ingat, buat tempahan awal sebab tempat ini jadi rebutan ramai.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh ke Facebook Hounon Ridge Farmstay sendiri.

5) Kebun Kita, Sungkai, Perak

Kredit foto www.instagram.com/kebunkita.my

Bertemakan resort percutian untuk seisi keluarga, Kebun Kita menawarkan penginapan jenis glamping yang mewah dan selesa. Dengan lokasi yang menghijau, lokasi percutian ini semakin menjadi perhatian ramai!

Sebab itu, kalau anda mahu ke sini, anda perlu buat tempahan awal. Kalau tidak, melepas.  Selain khemah, terdapat juga villa untuk disewa jika anda tidak betah duduk di dalam khemah.

Khemah yang tersedia boleh memuatkan sehingga 4 hingga ke 5 orang dewasa dalam satu masa. Ada dua katil queen, satu tilam single, kipas berdiri, dan rak untuk meletakkan barang. Tandas berada di luar.

Antara aktiviti yang mesti anda buat ialah, water tubing, trekking ke Air Terjun Lata Enggang, mandi sungai dan piknik.

Untuk tempahan anda boleh DM mereka di 012-253 4405.

Selamat bercuti!

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *