Menu
Explore & Kembara

AirAsia Tawar Jualan Istimewa 3 Hari Buat Perjalanan Penting ke Destinasi Domestik

AirAsia menawarkan jualan istimewa selama tiga hari untuk penerbangan domestik bagi perjalanan penting di airasia.com dan aplikasi mudah alihnya dari 5 hingga 7 Jun 2020.

Harga tambang sehala untuk ahli bermula serendah RM129* untuk perjalanan antara 1 Julai dan 19 November 2020. Para tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

Penerbangan domestik bagi perjalanan penting yang dibuka untuk tempahan adalah seperti berikut:

  • Dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Kota Bharu, Langkawi, Alor Setar, Kuala Terengganu, Bintulu, Kuching, Miri, Sibu, Labuan, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau

  • Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Langkawi, Johor, Melaka, Kuching

  • Dari Johor ke Kuala Lumpur, Langkawi, Ipoh, Alor Setar, Miri, Sibu, Tawau

  • Dari Kota Kinabalu ke Bintulu, Miri, Sandakan, Sibu, Kuching, Tawau, Johor, Kota Bharu, Pulau Pinang

  • Dari Kuching ke Bintulu, Sibu, Miri, Johor, Kota Bharu

Amanda Woo, Ketua Komersial AirAsia berkata, “Kami menyedari bahawa perjalanan udara adalah satu keperluan bagi perjalanan penting dan kami ingin terus memberikan tambang yang berpatutan kepada mereka yang harus melakukan perjalanan penting. Para tetamu kami boleh menempah penerbangan mereka dengan yakin, kerana mereka kini boleh menukar tarikh penerbangan tanpa had berikutan pengumuman pengecualian bayaran pertukaran penerbangan baru-baru ini untuk semua tempahan baharu bagi perjalanan sehingga 31 Disember 2020.”

Para tetamu juga dinasihatkan untuk memeriksa dan mematuhi langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa negeri tempatan untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

Sejak meneruskan perkhidmatan domestik bagi perjalanan penting pada 29 April 2020, AirAsia telah meningkatkan langkah-langkah keselamatannya sepanjang perjalanan, termasuklah proses sebelum penerbangan, dalam penerbangan, dan ketibaan.

AirAsia juga telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan seperti pembayaran tanpa sentuhan di lapangan terbang, kiosk tanpa sentuhan, Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) serta ciri-ciri baharu yang dikemas kini pada aplikasi mudah alihnya untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar dan selamat untuk semua tetamunya.

Sekiranya terdapat perubahan pada rancangan perjalanan, AirAsia turut menawarkan pilihan lebih fleksibel untuk para tetamu yang melakukan perjalanan hingga 31 Disember 2020 dengan mengecualikan bayaran penukaran penerbangan.

AirAsia memastikan bahawa keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan Allstars adalah keutamaan kami. AirAsia mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam, badan kesihatan global dan tempatan, termasuk Organisasi Kesihatan Sedunia.

AirAsia akan terus mengikuti keadaan terkini dengan teliti dan berhak untuk mengumumkan polisi selanjutnya mengikut perkembangan terkini.

Ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) untuk kemas kini terkini, atau hubungi pasukan sokongan pelanggan kami di support.airasia.com. Para tetamu juga digalakkan untuk memeriksa status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini.

*Tambang ahli adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan yuran. Tambang bukan ahli bermula RM134. Rujuk Terma dan Syarat di sini.

No Comments

    Leave a Reply