Dalam bahagian pertama, kami hanya jumpa tiga daripada lima binatang under “The Big Five” iaitu buaya, orang utan dan Monyet Belanda. Hari terakhir kami di Sukau Rainforest, nasib tidak begitu menyebelahi kerana hujan di sebelah petang sehingga ke malam.

Good bye Sukau!

Untuk bahagian ke-2, kami meneruskan perjalanan selama lima jam untuk ke Lembah Danum. Ini antara trip paling mencabar kami lalui kerana lebih dua jam perjalanan, kami perlu melalui jalan tanah merah yang berliku. Jika tidak biasa, pastinya pening dibuatnya.

Untuk dua jam pertama sebelum sampai ke bandar Lahad Datu, perjalanan menyusuri kampung dan kawasan ladang kepala sawit. Setiba di Lahad Datu, kami terus ke Borneo Nature Tours office untuk urusan daftar masuk. Semua urusan daftar masuk dilakukan disini.

Sambil menunggu kenderaan tersedia, tetamu boleh menikmati minuman panas dan sejuk seperti di lounge hotel mewah. Perjalanan ke Lembah Danum hanya boleh dilakukan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda kerana keadaan jalan yang tidak rata dan berbukit.

ULAR TEDUNG, ASIA PARADISE FLYCATCHER DAN SUNGAI YANG JERNIH

Perjalanan ke Lembah Danum adalah perjalanan yang tidak boleh dilupakan kerana selain mencabar, ada banyak binatang yang kami temui sepanjang perjalanan. Lembah Danum merupakan hutan hujan pertama atau primary forest.

Semuanya masih dara dan tidak terusik. Apa yang menarik adalah, sebelum sempat sampai ke tempat penginapan, kami sudah temui pelbagai jenis hidupan liar dan tidak lupa juga sungai yang jernih.

Perjalanan melalui beberapa sungai yang jernih

Antaranya spesis binatang kami temui ialah ular tedung sepanjang 1.5meter, ayam hutan, monyet merah dan burung Asia Paradise Flycatcher. Malah sewaktu rehat, terdapat juga Orang Utan yang sedang berehat di atas pokok. Bertuahnya kami. Definitely this going to be another great stay. Oh sepanjang perjalanan, laluan kami juga dipenuhi dengan najis Gajah Borneo liar. Ini adalah petanda yang kami akan bertemu dengan haiwan ini.

PRINCE WILLIAM DAN PRINCESS KATHERINA PERNAH MELAWAT

Hampir dua jam setengah perjalanan, kami tiba di lodge mewah di tengah hutan belantara Lembah Danum – Borneo Rainforest Lodge. Antara tetamu VVIP yang pernah melawat lodge mewah ini adalah William dan Kate, Prince and Princess of Wales. Lodge ini ternyata tersorok di dalam kehijauan Hutan Hujan Khatulistiwa.

Selesai sesi suai kenal dan berjumpa dengan pemandu pelancong persendirian kami, aktiviti diteruskan dengan evening walk sekitar lodge. Aktiviti jalan petang mengambil masa dalam 45 minit dan hanya dilakukan sekitar lodge sahaja di atas platform kayu yang tersedia. Maka tidak perlu risau dengan pacat atau serangga lain. Aktiviti jalan petang lebih kepada pengenalan kepada pelbagai jenis tumbuhan kecil yang tumbuh di lantai hutan sehingga pokok yang berumur ratusan tahun.

Sebelum makan malam, aktiviti diteruskan dengan night walk, tetapi bukan dengan berjalan kaki, lebih kepada menaiki kenderaan elektrik yang tersedia. Kenderaan jenis ini digunakan agar tidak menganggu haiwan liar. Antara haiwan yang kelihatan ketika night walk adalah Malayan Civet, tupai terbang dan burung Yellow-Bellied Prinia yang sedang tidur. Pertama kali melihat aksi burung ini, nampak comel.

Terserempak Malayan Civet sewaktu night walk

JAKUZI SEMULAJADI DAN TAPAK KUBUR ETNIK SUGPAN

Hari kedua di Lembah Danum adalah hari yang sungguh menakjubkan. Aktiviti pagi dimulakan dengan trekking di kawasan berdekatan. Trekking ambil masa sekitar dua jam termasuk berhenti di puncak bukit dan berendam di jakuzi semulajadi.

Antara pitstop trekking adalah tapak kubur lama kaum etnik Sugpan atau Orang Sungai dan juga ‘Fairy Waterfall’. Pitstop terakhir adalah jakuzi semulajadi, sempat juga berendam selama 15 minit. Sungguh sejuk dan nyaman airnya. Selain itu boleh juga lakukan spa ikan semulajadi. Rendam sahaja kaki, berlarilah ikan  datang menggigit.

Aktiviti sebelah petang adalah satu aktiviti yang tidak disangka-sangka. Pada awalnya, kami mahu lakukan water tubbing tetapi disebabkan air sungai cetek, terpaksa batalkan hajat. Yelah, bimbang nanti mengundang kesakitan apabila tubuh badan bergesel dengan batu-batu sungai. So we decided untuk ke laluan kanopi sahaja dan keajaiban berlaku sewaktu dalam perjalanan ke sini.

ANTARA GAJAH BORNEO DAN AIRMATA

Perjalanan ke laluan kanopi dari lodge sejauh 500 meter, dan sewaktu sedang leka bertanya soalan mengenai Lembah Danum kepada pemandu pelancong kami, rakan saya ternampak sesuatu yang bergerak-gerak, lebih kurang 100 meter dari tempat kami. Nak tahu apa? Gajah Borneo sedang melintas, terdapat enam ekor kesemuanya.

Terasa bertuah sebab dapat jumpa Gajah Borneo depan mata.

Tanpa berlengah lagi, saya terus keluarkan telefon bimbit dan merekod kawanan gajah tersebut. Perlahan-lahan, kami dekati kawanan gajah ini. Tidak dapat digambarkan perasaan ketika ini, airmata sudah bergenang. Speechless. Such a majestic animal. Excited, gembira dalam tangis semua ada.

Yes, kami datang untuk Gajah Borneo, dan kami dapat melihat dengan mata sendiri. Lebih untung lagi, di antara ramai tetamu yang menginap di situ, hanya kami yang berpeluang melihat Gajah Borneo. Malah menurut pemandu pelancong kami, Gajah Borneo kali terakhir kelihatan di sekitar lodge adalah pada bulan lalu. Tika cerita ini ditulis, saya masih terharu apabila mengingatkan detik-detik itu.

Canopy Walk setinggi 70 meter

I am so grateful. Ini pastinya kemuncak untuk trip Sabah Safari. Malah, sewaktu kami teruskan aktiviti ini, terdengar bunyi Gajah Borneo. Maka dengan ini, lengkap sudah misi pencarian “The Big Five” kami di Sabah Safari.

MELIHAT MOONSET DAN MATAHARI TERBIT

Selain aktiviti yang tersedia, terdapat juga add-on aktiviti yang boleh dilakukan dengan sedikit bayaran. Antaranya adalah melihat mahahari terbit di Lembah Danum. Seawal 3:30 pagi kami sudah bangun untuk ke Menara GAW.

Perjalanan dari lodge mengambil masa selama satu jam. Pihak lodge siap sediakan sarapan pagi untuk dinikmati sewaktu melihat matahari terbit. Waktu di puncak, kami bukan sahaja dapat melihat matahari terbit, malah sebelum itu sempat juga melihat bulan yang mahu menyembunyikan diri bagi memberi ruang untuk matahari menyinari bumi. Such a beautiful sight!

Pastinya trip “Sabah Safari” adalah trip yang paling istimewa dalam hidup saya. Siapa sangka di Malaysia terdapat tarikan yang tersembunyi dan indah. Walaupun kos yang perlu dibayar untuk perjalanan ini bukan sedikit, tetapi ianya sungguh berbaloi. Hutan Hujan Sukau dan Lembah Danum, anda sungguh ‘magnifique’.

Share:
, , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah